Berita terkini tentang pemain-pemain Arsenal

Okey sebelum Atikah tulis artikel tentang berita terkini kecederaan pemain-pemain Arsenal.. Atikah nak ucapkan selamat hari jadi kepada Alexander Song yang genap 22 tahun hari ini.. Atikah harap Song akan lebih sukses sepanjang musim ini..

Okey dah banyak kali orang tanya Atikah tentang kemungkinan Arshavin beraksi semasa menentang Manchester City nanti.. Tahap kecergasan Arshavin masih dalam keraguan.. Peluang untuk Arshavin mewakili Rusia menetang Wales pada 2.45 pagi ini pun masih 50-50..

Ketua pasukan Republik Czech iaitu Tomas Rosicky yang baru kembali berlatih.. Berkemungkinan besar akan beraksi menentang San Marino pada pukul 11.20 malam ini.. Namun apa yang pasti Rosicky mungkin akan berada di bangku simpanan dalam kunjungan Arsenal ke Eastland..

Sementara itu.. Captain Fabregas juga memberikan lampu hijau untuk mengetuai pasukan Arsenal ke Eastland selepas beraksi bersama Sepanyol sebagai pemain gantian.. Jadi kita cuma perlu berharap tiada siapa akan menerjah keras Kapten kita ini semasa Fabregas beraksi menentang Estonia pada pukul 4 pagi ini..

Colin Lewin iaitu Physioteraphy Arsenal mengatakan kepada Atikah yang Walcott berkemungkinan besar akan kembali beraksi sebaik sahaja tamat aksi antarabangsa.. Namun kemungkinan untuk Walcott beraksi menentang Man. City terpulang kepada tahap kecergasan Walcott dan pilihan Wenger..

Dan beberapa lagi berita terkini tentang kecederaan pemain-pemain Arsenal.. Masih sama.. Namun Djourou dilaporkan mungkin akan terlepas sebahagian besar musim 2009/2010 selepas dikatakan akan melakukan pembedahan di lutunya.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil