Berita buruk dari Arshavin

Arsene Wenger akhirnya mengesahkan laporan yang Arshavin mengalami kecederaan groin yang memaksa Arshavin berehat selama 3 minggu.. Namun kepulangan kembali Rosicky masih belum diyakini Wenger.. Dan dari tanda percakapannya.. Atikah mengesyaki yang Rosicky mungkin akan beraksi sebagai pemain gantian..

Dan berita kepulangan Walcott pula.. Wenger mengesahkan yang Walcott tidak akan bersama-sama skuad ke Eastland selepas Wenger mengambil kira Walcott tidak berlatih.. Jadi Walcott hanya akan mebuat kemunculan pertamanya musim ini semasa kunjugan Arsenal ke Belgium untuk perlawanan pembukaan Champions League menentang Standart Liege..

Selepas mendengar berita kecederaan Arshavin dan keraguan untuk Rosicky beraksi penuh esok.. Jadi Atikah yakin pemain yang akan mengantikan posisi Arshavin ialah Abou Diaby.. Dan Atikah rasa inilah masanya untuk Diaby membalas kesilapannya tempoh hari..

Dan Wenger juga mengesahkan yang Djourou bakal terlepas aksi selama 6 ke 8 bulan kerana akan menjalani pembedahan di lututnya.. Dan nampaknya Djourou berkemungkinan besar terlepas aksi sepanjang musim 2009/2010..

Nampaknya kecergasan Arshavin kembali dipersoalkan.. Dan akhirnya doktor Arsenal sendiri mengesahkan yang Arshavin bakal terlepas aksi selama 3 minggu dan terima kasih kepada Hiddink kerana memaksa Arshavin yang tahap kecergasannya diragui untuk beraksi selama 90 minit menentang Wales.. Dan akhirnya memberikan berita buruk untuk fan Arsenal.. Adios!!

Comments

  1. saya rasa atikah tersalah tulis,
    kat web rasmi arsenal ckp arshavin 'miss next 3 game' bkn next 3 week

    - penyokong setia arsenal -

    ReplyDelete
  2. hiddink memang sengaja bagi arshavin main full time sebab dia bekas coach chelsea. so, secara tak langsung dia bole buat team arsenal pincang sikit dan yg paling penting bole bantu chelsea jarak kan mata lg ngan arsenal..
    - mode.gunners -

    ReplyDelete
  3. sori Q-SHA 57.. atikah tersilap taiplah pulak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil