05 September 2009

Bendtner merayu & Djourou beri berita buruk

Bendtner yang meledak untuk Denmark pagi tadi.. Kembali merayu kepada Wenger untuk memberikannya peluang untuk bermain lebih ke tengah berbanding main di bahagian sayap.. Dan Atikah cukup setuju dengannya..

Bagi Atikah.. Van Persie yang sepatutnya lebih ke bahagian sayap.. Kerana itulah sebenarnya posisi Van Persie dalam skuad Belanda.. Dan sememangnya pemain Belanda mampu beraksi di mana-mana bahagian..

Dan Van Persie juga memiliki kelebihan untuk melakukan crossing atau pun mencipta peluang kepada pemain-pemain lain.. Dan jika Van Persie sering beraksi sebagai penyerang tengah.. Dan apabila Fabregas injured..

Tiada sesiapa yang mampu mencipta peluang kepada penyerang.. Lebih-lebih lagi kalau Arshavin hilang punca atau pun dikawal ketat.. Dan walaupun Bendtner nie jarang bagi gol.. Cuba kita fikir.. Berapa banyak peluang yang dicipta untuknya..

Dan Atikah tengok.. Apabila Bendtner sering beraksi sebagai pemain sayap.. Tiada siapa yang dapat membaca hantarannya.. Kecuali Fabregas dan Denilson.. Dan kalau kedua-duanya tiada atau pun salah seorang hilang punca.. Hantaran Bendtner sering dipersia-siakan..

Jadi Atikah amat-amat berharap Wenger akan meletakkan Bendtner sebagai pemain penyerang tengah atau pun bergandingan dengan Van Persie di jentera serangan Arsenal.. Kalau tidak.. Ketumpulan bahagian serangan akan terus mengacau.. Tapi kalau letakkan Bendtner sebagai penyerang tunggal.. Atikah x berapa setuju..

Memandangkan bagi Atikah.. Bendtner masih belum bersedia untuk menggalas tanggunjawab sebesar itu.. Dan dalam cerita lain pula.. Ramsey meledak gol cantik dalam kemenangan Wales ke atas Itali..

Ini pula ialah bahagian yang paling Atikah x nak cerita.. Namun ianya masih belum disahkan Wenger mahu pun physioteraphy Arsenal iaitu Colin Lewin.. Menurut spy Atikah.. Kecederaan lutut Djourou lebih serius dari yang disangka..

Dan Djourou mungkin akan melakukan pembedahan.. Dan ini memaksa Djourou berehat selama 6 bulan sebelum kembali.. Itu belum termasuk risiko lama tidak beraksi.. Seperti mengalami kecederaan hamstring mahu pun muscle problem..

Tapi ingat ini masih belum dipastikan.. Atikah harap ianya tidaklah seserius itu.. Dan Get Well Soon Djourou.. Adios!!

1 comment:

  1. Today, I went to the beach front with my kids. I found a
    sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put
    the shell to her ear and screamed. There was a hermit crab inside and it
    pinched her ear. She never wants to go back! LoL I
    know this is totally off topic but I had to tell someone!
    My site > latest transfer news for arsenal 2011

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan