02 September 2009

Bendtner & Denilson sain kontrak baru

Arsenal telah memberitahu yang Nicklas Bendtner telah memberikan sepenuh kommitmennya dengan menandatangani kontrak baru.. Spy Atikah memaklumkan yang Bendtner telah menandatangani kontrak lanjutan selama 5 tahun bersama gaji mingguan sebanyak 50 ribu pound..

Apa yang mengharukan Atikah ialah Bendtner telah menolak lamaran Barcelona, Inter Milan dan Bayern Munich untuk kekal di Arsenal.. Terima kasih Bendtner atas kommitmen anda itu.. Sememangnya Bendtner layak menerima kontrak baru ini memandangkan aksi memukaunya sepanjang musim lepas..

Spy Atikah berjaya mendapatkan komen dari ayah Bendtner yang merupakan ejennya.. "Banya kelab mahu dapatkan Nicklas.. Dan beberapa darinya ialah kelab terbesar dunia.. Ianya cukup mudah untuk mencari kelab baru dan bagus untuknya.."

"Dan bila kelab besar mahukannya.. Bendtner jelas gembira.. Tapi masih tiada keraguan yang dia mahu kekal sepenuhnya di Arsenal.. Ianya perjanjian yang cukup lama.. Tapi kedua-dua pihak tiada keraguan iaitu mahukan ianya berakhir"..

"Dia cukup gembira dengan kontrak baru ini.. Tapi apa yang lebih penting untuk dia ialah Wenger menunjukkan keyakinan padanya.. Wenger memberikan masa untuknya develop sebagai manusia dan pemain"..

"Ianya cukup unik dalam bola sepak tertinggi.. Nicklas rasa ianya cukup sesuai untuk dia kekal di Arsenal.. Dan disini juga Atikah selitkan komen dari Arsene Wenger tentang kontrak baru Bendtner ini..

"Nicklas telah mengujakan saya dengan application dan determinationnya sepanjang musim lepas.. Kamu boleh nampak yang dia mahu bersaing di peringkat tertinggi dan mahu menang sesuatu dengan rakan sepasukannya.."

"Dia menjaringkan beberapa gol penting untuk kami sepanjang musim lepas.. Dan dia akan cuba untuk melakukannya kembali musim ini.. Walau bagaimanapun ianya bukan kerana jaringannya.. Tetapi setiap sumbangannya telah meningkat dan akan terus begitu.."

"Saya amat mengalu-alukan dia untuk menjadi sebahagian dari pasukan pada musim yang mendatang.." Ini pula ialah komen Bendtner tentang kontrak barunya.. "Ianya cukup bermakna dapat menunjukkan komitmen masa depan saya kepada Arsenal.."

"Kerana saya sudah sayangkan kelab ini.. Sudah 5 tahun saya bersama kelab ini.. Dan peningkatan saya sama ada diluar atau di atas padang ialah disebabkan Arsene Wenger dan pasukan di sini.. Kami ada sekumpulan pemain yang mampu memenangi sesuatu dan saya gembira kerana dapat menjadi sebahagian darinya.."

Denilson juga menandatangani kontrak lanjutan selama 5 tahun tetapi berapa gaji mingguannya tidak berjaya diketahui spy Atikah.. Denilson yang semakin serasi bergandingan dengan Fabregas memang selayaknya menerima kontrak baru ini disebalik sikap low profilenya..

"Sumbangan Denilson sepanjang musim lepas cukup cemerlang, kata Wenger.. Kerjanya dapat diterima dan untuk mendapatkan pemain sepertinya yang tahu untuk beraksi pada minit-minit akhir perlawanan di peringkat tertinggi cukup bernilai"..

"Saya gembira kerana di kommitmenkan masa depannya bersama kelab.. Ini pula ialah komen Denilson.. "Peningkatan saya sejak menyertai kelab pada tahun 2006 cukup mengembirakan saya"..

"Dan saya mahu tingkatkan persembahan saya musim lepas.. Kami mempunyai sekumpulan besar pemain berbakat disini.. Dan saya yakin dengan kerjasama sepasukan kami.. Kami mampu memenangi sesuatu.. Ianya masa yang cukup istimewa untuk menjadi sebahagian dari kelab ini.. Dan saya gembira kerana menandatangani kontrak jangka masa panjang.." Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan