27 September 2009

Arsenal Goalkeeper (Part One)

Fuhh.. Mendebarkan betul.. 2 perlawanan Arsenal yang penuh mendebarkan.. Jika pada hari sabtu lalu Arsenal menang tipis 1-0 mengatasi Fulham.. Jejak langkah pasukan lelaki ini diikuti skuad Arsenal Ladies semalam apabila mencatatkan kemenangan tipis 1-0 mengatasi Bimingham.. Nak tahu laporan lanjut sila ke blog Arsenal Ladies Malaysia..

Okey dalam artikel kali ini Atikah nak bincangkan tantang panjaga gol masa kini Arsenal.. Salah seorang dari empat penjaga gol ini mampukah untuk menjadi penjaga gol kental Arsenal setelah David Seaman, Pat Jennings, Bob Wilson dan Jens Lehmann?? Tapi ini semuanya dari pandangan Atikah.. Sama ada anda setuju atau tidak Atikah minta anda renung-renungkanlah apa yang akan Atikah katakan ini..

Manuel Almunia berjaya mencuri tempat dari Jens Lehmann sebagai penjaga gol no. 1 Arsenal pada musim 2007/2008.. Musim lepas bolehla dikatakan musim paling terbaik Almunia bersama Arsenal dan kehebatannya itu dibalas peminat Arsenal dengan memilih Almunia sebagai pemain terbaik tahunan Arsenal di tempat ketiga..

Almunia menunjukkan kehebatannya dalam penentuan sepakan penalti apabila muncul hero Arsenal semasa kemenangan menerusi sepakan penalti di pusingan kalah mati Champions League..

Perlawanan terbaik untuk Almunia pula muncul semasa kekalahan tipis kepada MU dalam saingan separuh akhir Champions League.. Dan sememangnya setiap fan Arsenal berharap Almunia akan berterus-terusan beraksi secermelang itu pada setiap perlawanan

Aksi paling teruk dari Almunia.. Hmm.. Musim ini.. Almunia masih gagal menunjukkan kehebatannya seperti musim lalu apabila melepaskan beberapa gol mudah.. Dan ianya jelas mengecewakan fan Arsenal..

Adakah Almunia mampu bangkit kembali selepas permulaan mengecewakan musim ini?? Atikah masih menaruh kepercayaan kepadanya walaupun kecewa dengan prestasinya.. Atikah juga masih yakin yang Almunia masih mampu bangkit kembali terutama sekali dengan aksi memukau dari Mannone dan Szczesny dan kembalinya pencabar utamanya iaitu Fabianski pada 17 Oktober ini..

Ehh.. Baru Atikah terfikir.. Musim lalu sememangnya Fabianski sedikit sebanyak mencabar kedudukan Almunia walaupun kadang-kadang beraksi hambar.. Adakah kembalinya Fabianski pada 17 Oktober ini Almunia akan bangkit kembali?? Sama-samalah kita nantikan..

Lukasz Fabianski.. Masih ada segelintir fan-fan Arsenal masih tidak mempercayainya.. Dan sememangnya Atikah sudah penat untuk mempertahankan Fabianski ini.. Tetapi come onlah jangan asyik fikir aksi buruknya semasa menentang Chelsea dulu.. Mana ada keeper dalam dunia ini yang berjaya beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan..

Tetapi jika anda seperti Atikah.. Bersabar dan mengambil berat akan progressnya selepas aksi mengecewakannya itu.. Anda akan menyedari sesuatu.. Iaitu improvement.. Fabianski pantas mengimprovekan dirinya selepas aksi buruknya.. Dan ianya sesuatu yang perlu diberikan pujian..

Come back menarik dari Fabianski walaupun kecewa tewas 2-0 ditangan Valencia dengan menyelamatkan sepakan penalti dari David Villa.. Namun come back menariknya itu gagal untuk diteruskan selepas itu kerana Fabianski sedang berada dalam prosess pemulihan selepas melakukan pembedahan lutut..

Dan Atikah sedikit risau apabila kembalinya Fabianski nanti.. Iaitu adakah Fabianski masih mampu untuk meneruskan aksi cemerlang yang ditinggalkannya sebelum mengalami kecederaan ini.. Atau Fabianski mampu beraksi cemerlang sehingga membuka pintu untuknya merampas jersi no.1 Arsenal??

Sememangnya Atikah cukup tidak sabar untuk melihat kehadiran kembali Fabianski di bangku simpanan Arsenal.. Atikah menyedari yang Fabianski makin matang musim ini dan Atikah berharap Fabianski akan lebih hebat dari Almunia mahupun Mannone dan Szczesny untuk menutup mulut pengkritiknya dan membuktikan kehebatannya..

Okeylah.. Otak Atikah dah penat nak memikirkan apa yang nak dikatakan tentang Mannone dan Szczesny.. Sebelum Atikah merapu baik Atikah sudahkan dulu artikel ini.. Atikah akan sambung kembali jika tiada berita yang lebih menarik perhatian.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan