09 September 2009

Arsenal bersedia untuk membedil Man. City

Di sini Atikah sahkan lagi tentang tahap kecederaan dan kecergasan Fabregas, Rosicky, Arshavin dan Walcott.. Dan sepanjang minggu ini tiada berita buruk diberikan skuad kebangsaan masing-masing kepada Arsenal.. Tetapi cuma satu saja berita buruk iaitu Fabregas kembali dikaitkan dengan perpindahan tahun depan tetapi Fabregas menegaskan yang dia masih belum pasti untuk meninggalkan Arsenal musim depan..

Cesc Fabregas beraksi penuh bersama Sepanyol apabila menang 3-0 menentang Estonia di mana Fabregas menjaringkan gol pembukaan.. Dan sudah semestinya tiada keraguan lagi yang arm band Arsenal akan kembali di lilitkan di tangan Fabregas dalam misi untuk membedil Man. City hujung minggu ini..

Tomas Rosicky beraksi selama 56 minit bersama Republik Czech yang menang besar 7-0 menentang Estonia semalam.. Jurulatih Czech mendedahkan antara sebab dia hanya membenarkan Rosicky beraksi selama hampir sejam ialah dia telah berjanji dengan Wenger yang dia hanya akan membenarkan Rosicky beraksi tidak lebih daripada sejam.. Jadi mungkin Rosicky akan berada di kesebelasan utama pasukan menentang Man. City hujung minggu ini..

Arshavin yang diragui tahap kecergasannya memberikan berita baik buat fan Arsenal apabila kembali cergas semasa menentang Wales dan berjaya mencipta satu gol untuk negaranya.. Dan Arshavin nampaknya akan beraksi menentang Man. City hujung minggu ini..

Hari ini Atikah berjaya mendapatkan kepastian dari Wenger yang Walcott akan menyertai skuad Arsenal ke Eastland hujung minggu ini.. Namun Walcott berkemungkinan besar hanya akan berada di bangku simpanan sahaja..

Jadi inilah berita baik sebelum kunjungan Arsenal ke Eastland untuk membedil Man. City dan menutup mulut mereka yang mereka mampu mengambil tempat Arsenal dikalangan big 4.. Dan dalam masa yang sama membuatkan Adebayor dan Toure terdiam melihat kehebatan Arsenal tanpa mereka.. Okey Atikah nak berikan berita dari kem Man. City juga dalam artikel kali ini..

Robinho dilaporkan akan terlepas aksi menentang Arsenal pada hujung minggu ini apabila mengalami kecederaan semasa mewakili Brazil.. Jadi nampaknya Man. City agak tempang kali ini.. Ini pun lagi satu berita buruk buat Man. City..

Tevez juga memberikan berita buruk apabila mengalami kecederaan dan sudah semestinya akan terlepas aksi menentang Arsenal hujung minggu ini.. Bahagian serangan Man. City hanya tinggal Adebayor, Bellamy dan Santa Cruz.. Jadi ada peluang untuk Arsenal membedil Man. City hujung minggu ini..

Toure pula dikatakan akan menjadi kapten pasukan Man. City pada hujung minggu ini.. Jadi tidak sabar rasanya Atikah nak tengok sama ada Fabregas atau Toure yang berjaya mengetuai pasukan masing-masing hujung minggu ini.. Apa-apa pun Atikah yakin 100% yang Fabregas akan berjaya mengetuai Arsenal membedil Man. City.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan