Wenger - Blame the press, not Cesc Fabregas

Wenger jelas memberikan komen panas kepada media apabila sering memperkatakan tentang penjualan Fabregas ke Barcelona.. Wenger mengatakan sekarang ini dia sedang sibuk untuk membawa Messi ke Arsenal dengan nilai 125 juta pound!!

Atikah amat berharap ianya betul.. Tetapi sebenarnya Wenger hanya bergurau.. Dan Wenger juga menempelak media dengan mengatakan ianya satu kerja yang gila apabila mahu menjual Fabregas dalam masa sehari sebelum EPL bermula..

Wenger juga berkata yang dia tahu Fabregas betul-betul kommited dengan Arsenal.. Sudah semestinya apa yang dikatakan Wenger ini membuatkan fan-fan Arsenal menarik nafas lega apabila Wenger juga memberitahu yang dia tidak ingin menjual Fabregas buat masa sekarang ini..

Dan Atikah sendiri juga yakin Fabregas tidak akan ke mana-mana.. Kerana Atikah amat mempercayai semua janji-janji Faberegas.. Inilah salah satu sebabnya mengapa kita memilih Arsenal..

Walaupun mereka mampu memungkirinya.. Namun sumpahan fan-fan Arsenal kepada mereka sudah semestinya cukup untuk memusnahkan karier mereka.. Jadi apa-apa pun In Arsene & Player We Trust.. Arsenal Forever!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil