17 August 2009

Vermaelen aset terbaik Arsenal !!

Wenger yang masih berfikir-fikir untuk rancangan membedil Celtic pula di Glasgow sempat memuji Vermaelen dan menganggap Vermaelen bakal menjadi aset terbaik Arsenal suatu hari nanti selepas persembahan cemerlangnya dalam debut penuhnya bersama Arseanal.. Jadi mari ikuti temu bual Atikah bersama Wenger tentang Vermaelen ini..

Atikah: Bagaimana pandangan anda tentang debut pertama Vermaelen??

Wenger: Saya sangat gembira dengan persembahannya.. Dia telah menunjukkan kehebatannya di udara mahu pun di padang yang dia mempunyai segala-galanya untuk beraksi di Premier League..

Atikah: Sebenarnya sudah berapa lama Wenger memerhatikan Vermaelen??

Wenger: Kami mula menyaksikannya semasa perlawanan menentang Ajax dahulu.. Sejak itu kami sering menyaksikan aksinya dan kami amat gembira melihat prestasinya.. Dia menunjukkan yang dia mampu menjadi aset terbaik kita..

Atikah: Apa kelebihan Vermaelen di pandangan Wenger??

Wenger: Dia cukup bagus di udara.. Ramai orang mempersoalkan kehebatannya di udara kerana saiznya.. Apabila saya melihatnya di udara ianya cukup mengujakan.. Untuk bagus di udara tidak semestinya anda perlu tinggi.. Dia telah menunjukkannya semasa menentang Everton yang lalu..

Vermaelen merupakan pemain ke 84 untuk Arsenal yang menjaringkan gol di pernampilan pertama.. Dan merupakan orang keempat di bawah revolusi Wenger selepas Nasri, Adebayor dan Ljungberg..

Dan semalam Fabregas sempat juga memberitahu Atikah mengapa dia menjaringkan gol keduanya dengan menunjukkan jersi yang tertera nama Dani Jarque.. Disebabkan semalam Atikah x sempat nak beritahu jadi Atikah bagi tahu hari ini..

Walaupun mereka mempunyai perbezaan 4 tahun.. Namun ianya tidak menghalang Fabregas menjadi kawan baik Dani Jarque.. Fabregas memberitahu mereka merupakan kawan baik semasa berada di skuad Sepanyol U-21 selama 2 tahun..

Dan Fabregas memberitahu yang kedua-dua gol yang dijaringkannya itu khas untuk Dani Jarque.. Barulah Atikah tahu mengapa Fabregas cukup tamak untuk menjaringkan gol keduanya sebelum di bawa keluar.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan