19 August 2009

Thomas Vermaelen

Mari kita ikuti beberapa pandangan tentang prestasi memukau Vermaelen dalam musim pertamanya bersama Arsenal.. Jika Februari yang lalu Arshavin pantas menyesuaikan diri kini Thomas Vermaelen pula..

"Saya terkejut.. Thomas menjalani persiapan yang lama.. Dan kami lihat dia ada kekuatan fizikal dan mental.. Bila diperlukan dia datang.. Saya percaya dia mempunyai campuran yang baik di antara fizikal dan teknikal"..

"Dan ianya cukup mengkagumkan untuk mendapatkan pemain berkaki kiri kerana dia akan berikan sudut yang tepat untuk passing dan ianya bagus untuk pemain tengah.." Sebelum ini pun Sagna jelas kagum dengan kehebatan Vermaelen..

"Thomas ialah signing terbaik.. Dia bagus bertahan.. Mempunyai kaki kiri yang bagus dan handal di udara.. Dia bagaikan sudah berada di kelab lebih lama dari sebenarnya iaitu baru beberapa bulan"..

"Dia cukup tenang dan relax.. Ianya membuatkan semua orang relax.. Bukan hanya saya, Sagna, Gallas dan Clichy.. Kami semua percayakan dia.. Kolo Toure merupakan salah seorang pertahanan terbaik Arsenal beberapa tahun dulu dan saya harap dia mampu menjadi seperti itu"..

Itulah komen Almunia iaitu pemain yang sering menyaksikan Vermaelen beraksi dan memberikan perlindungan sewajarnya.. Okey ini ada satu berita yang mengejutkan.. Spy Atikah di Sepanyol telah membaca akhbar di sana dan ada satu berita mengejutkan..

Arsenal dan Barcelona telah pun mencapai kata persetujuan untuk menyaksikan Fabregas akan ke Nou Camp musim panas depan dengan nilai perpindahan dalam 30 juta pound.. Tetapi Atikah sama sekali tidak akan percayakannya..

Adalah satu keputusan yang terburu-buru untuk menjual Fabregas yang kini berada di puncak prestasinya.. Lebih-lebih lagi dalam 30 juta pound!! Atikah akan biarkan perkara ini panas dulu barulah akan Atikah fikirkan untuk menyuruh spy Atikah menyiasat perkara ini..

Tetapi buat masa ini Atikah 200% tidak mempercayanya.. Dan Atikah harap anda semua usah hiraukannya selagi Atikah x suruh panik tentang perkara ini.. Tetapi Atikah percaya Arsenal sama sekali tidak melakukannya..

Okey mari kita bersambung semula tentang Vermaelen ini.. Selepas di puji oleh rakan-rakan sepasukan dan jurulatih.. Vermaelen tetap merendah diri.. Dan inilah reaksinya apabila diajukan soalan bagaimana dia pantas menyesuaikan diri..

Vermaelen menganggap mengapa dia boleh sehebat ini.. Veramelen mengatakan ianya berpunca dari Gallas yang kini berada di puncak prestasinya.. " Dia cukup berpengalaman.. Bagi saya lebih mudah untuk beraksi disebelahnya kerana itu"..

"Saya sudah pun banyak belajar darinya.. Bagi kami sebagai pemain pertahanan ianya cukup penting untuk memastikan cleen sheet.. Ianya juga merupakan keputusan yang bagus menang 2-0 daripada 1-0.. Dan bagi kami ianya cukup penting"..

"Tetapi Celtic tetap pasukan yang bagus.. Mereka pernah ketinggalan 1-0 dalam first leg kemudian menang 2-0 dalam second leg semasa peringkat ketiga kelayakan.. Mereka masih ada peluang jadi kami perlu terus fokus dan bermain seperti mana kami main semalam"..

Walaupun sudah menang 2 perlawanan dari 2 perlawanan dan menjaringkan 8 gol.. Dan harapan semakin menggunung di kem Arsenal.. Tetapi Vermaelen langsung tidak terjejas.. "Bagi saya ianya perlawanan yang baru dan kami perlu fokus kembali"..

"Kami perlu mulakan kembali dan kutip 3 mata dalam perlawanan di tempat sendiri.. Saya enjoy tentang 2 perlawanan yang lepas.. Saya suka bola sepak Inggeris, atmospheranya dan keingginannya.."

"Bagi saya.. Saya sukakannya dan suka untuk bermain.. Saya rasa amat diperlukan dan kami ada pasukan yang bagus dengan kualiti yang bagus dan saya suka pemain-pemainnya.. Saya menyesuaikan diri dengan baik saya rasa"..

Apa-apa pun Atikah ucapkan selamat berjaya dalam debut pertamanya di Emirates Stadium.. Dan mampukah Vermaelen menjaringkan gol dalam pernampilan pertamanya di tempat sendiri.. Atikah harap Vermaelen akan terus cemerlang.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan