18 August 2009

Striker Arsenal hilang punca

2 perlawanan awal musim 2009/2010 menyaksikan Arsenal menjaringkan 8 gol!! Tetapi hanya satu gol dari pemain penyerang sementara 3 gol dari pertahanan dan 3 gol dari pemain tengah dan satu gol dari pemain pertahanan lawan..

Jangan katakan kita semakin merindui kelibat Henry dan Adebayor sehingga penyerang kita gagal untuk menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan sekurang-kurangnya.. Ya memang kita gagal mencari penganti sesuai kepada Henry.. Tetapi ianya 3 musim yang lepas.. Dan penyerang kita berjaya mengisinya..

Rindukan Adebayor.. Oh tolonglah.. Adebayor gagal nak berikan impak seperti mana dia lakukan semasa Henry berhijrah dulu.. Dan Van Persie dan Bendtner lebih menyerlah dari Adebayor sepanjang musim lepas..

Robin Van Persie.. Bagaikan terganggu dengan tugasan berat yang digalasnya sekarang ini apabila mudah kehilangan bola dan gagal membuat sentuhan terbaiknya.. Memang mengecewakan Atikah dan fan-fan Arsenal yang lain..

Bendtner sememangnya tidak mampu mengalas tanggungjawab sebagai target man Arsenal buat masa sekarang ini.. Tetapi lebih kepada super sub dan jika beraksi sebagai winger.. Memang ianya berhasil tetapi agak menyukarkan Bendtner untuk menjaringkan gol..

Dan setiap set piece gagal diberikan kepadanya.. Bendtner jelas membantu Arsenal dalam tandukan kerana ketinggiannya.. Tetapi finishing Bendtner masih perlu diimprovekan.. Jadi agak keterlaluan meletakkan tanggungjawab yang tinggi kepadanya di usia yang masih muda..

Eduardo memang cukup bagus dan berbisa.. Tetapi Wenger masih ragu-ragu untuk menurunkannya kerana baru saja sembuh dari tragedi hitam yang hampir meragut kariernya.. Tetapi jika Eduardo beraksi.. Dia sering berada di posisi dan masa yang betul asalkan ada orang yang mampu membaca pemikirannya..

Dan Carlos Vela.. Masih perlukan masa kerana masih muda dan seperti Atikah katakan Vela tidak boleh dibebani dengan tanggunjawab besar Arsenal ini.. Walcott dan Arshavin kedua-duanya sering beraksi sebagai pemain sayap.. Satu posisi yang kurang digemari mereka berdua..

Dan jika Wenger berjaya mengandingkan Walcott dan Arshavin di posisi sayap kanan dan kiri Arsenal.. Ianya mampu mengucar kacirkan pertahanan pasukan lawan kerana kelajuan kedua-dua pemain ini disamping Van Persie, Eduardo mahu pun Bendtner menjadi target man..

Jika selama ini kita fikirkan Arsenal perlu perkuatkan bahagian tengah ianya salah.. Kita masih goyah di bahagian serangan dengan kehilangan penyerang berbisa.. Dan Atikah yakin Chamakh mampu menjadi jalan penyelasaiannya..

Tetapi keegoaan kedua-dua pihak untuk mencapai kata persetujuan membuatkan Chamakh dan fan Arsenal kebingugan dan kecewa.. Jadi Atikah harap Wenger mampu membawa Chamkh ke Emirates Stadium..

Dan soal bahagian pertahanan pula Atikah rasa selagi Senderos kekal kita tidak perlu beli pemain pertahanan lagi.. Atikah harap masalah penyerang ini dapat diselesaikan Wenger sebelum ianya mampu mempengaruhi pemburuan trofi.. Adios!!

IN WENGER WE TRUST & WHAT EVER HE DO HE KNOW WHAT THE BEST FOR ARSENAL

4 comments:

  1. aku rase kan atkah..kalo tgk corak permainan arsenal skang ni..aku rase mnjadi walaupon striker x sumbngkan gol..sbb aku tgk dah mcm barcelona pon ader dah..tp kekuatan arsenal d bhgian tgh tu la pasal..

    ReplyDelete
  2. arsenal mmg t'kenal ngn corak p'mainan yg ctk..
    rsenye t'lalu awl utk ktakn yg arsenal akn memngi liga or piala msim ni..
    kl0 aksi pd dua perlawanan awl ni konsistent & baiki mne yg kureng 2 bru laa leh mng..
    x ksh laa kl0 strker x leh gol, jnji dpt menyumbang kpda jaringan plyer len cm cpta pluang n bg hntran2 yg tpt..
    yg pnting teamwork..
    hehehee..
    tp mmg ak rndu nk tgk gndingan rosicky ngn fab4..

    ReplyDelete
  3. gua stuju dgn 2 org kat atas,,
    mmg tugas striker utk skor gol,,
    tapi kalu kite imbas balik mase invincible, bnyak je gol yg midfield skor,,mcm pires tu,,kan3,,

    so, takpe kot,janji menang,,hihihi,,
    smoga arsenal trus mengganas,, yeah,, =)

    ReplyDelete
  4. tapi x bestlah.. sekurang-kurangnya mereka perlu licik utk mencari peluang.. dan sama ada gol ke x itu perkara kedua.. kerana mungkin perkara ini mampu menjejaskan arsenal suatu hari nanti.. tapi atikah lebih seronok tgk pemain midfield skor dari luar kotak penalti..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan