24 August 2009

Steven Taylor sasaran Wenger

Atikah diminta oleh MemoryLane untuk menyiarkan berita tentang rumours yang Steven Taylor berada di radar Wenger.. Jadi Atikah dan spy Atikah membuat penyelidikan x sampai 20 minit Atikah berjaya dapat sesuatu yang mampu di pastikan tentang rumours ini..

Okey Everton dikatakan akan mendapatkan khidmat Taylor selepas kehilangan Lescott.. Tetapi spy Atikah mengatakan yang Everton sekarang ini mengejar ntah mamat Rusia mana entah.. Jadi peluang semakin terbuka untuk Wenger membeli Taylor..

Wenger dikatakan akan membuat tawaran bernilai 8 juta pound untuk membawa pemain pertahanan ini.. Dan jelas berita ini tidak boleh lagi disangkal.. Dan spy Atikah sendiri telah mengesahkan yang Scout Arsenal telah pergi menyaksikan perlawanan Newcastle hujung minggu lalu..

Tetapi menurut pandangan peribadi Atikah dan beberapa spy Atikah.. Kami lebih prefer Micah Richards.. Tetapi sebenarnya dalam masa yang sama kami berada di situasi yang serba salah di sebabkan kami menganggap kedua-duanya sama hebat..

Tetapi apa-apa pun Atikah yakin Wenger bijak memilih siapakah yang sesuai.. Tapi lebih bagus kalau dapat kedua-duanya sekali.. Tamak betul Atikah ini.. Kalau beli dua-dua nie mungkin nilai dalam 18 juta pound kena spend..

Tapi kalau nak lebih muda of courselah Richards.. Nak bandingkan pengalaman mereka kedua-duanya sama saja.. Kalau lebih menyerang si Taylor.. Kalau bertahan Richards.. Kalau nak yang serba boleh Micah Richards..

Kalau Atikah jadi pengurus Arsenal mesti pening nak pilih mana satu nak beli.. Tapi seperti Atikah cakap tadi Wenger tahu siapa yang terbaik dan pembelian berbaloi.. Asalkan nanti bila dah hebat jangan kutuk Arsenal.. Itu sajalah yang Atikah minta.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan