Siapa lawan Arsenal ??

Siapa lawan Arsenal dalam peringkat kelayakan liga Juara-Juara musim ini?? Terdapat 5 pasukan yang berkemungkinan akan menentang Arsenal iaitu di antara Fiorentina, Atletico Madrid, Celtic, RSC Anderlecht dan FC Timisoara..

Kalau ikutkan Atikah lagi senang lawan lagi mudah laluan Arsenal ke peringkat kelayakan dan x perlu meletihkan pemain.. Jadi pilihan Atikah ialah Arsenal akan menetang wakil Romania iaitu FC Timisoara..

Arsenal dan FC Timisoara masih belum berjumpa.. Jadi Atikah rasa inilah masanya.. Kedua-dua pasukan tidak tahu strategi lawan.. Itulah antara alasan mengapa Atikah memilih FC Timisoara... Apa-apa pun Atikah senaraikan sedikit rekod perlawanan diantara Arsenal dengan pasukan di bawah ini yang mungkin akan menentang Arsenal dalam peringkat kelayakan nanti..

FC Fiorentina.. Arsenal kali terakhir bertemu mereka semasa peringkat kumpulan pada tahun 1999.. Selepas seri ditempat lawan.. Lagenda Arsenal iaitu Gabriel Batistuta menjaringkan gol tunggal perlawanan ditempat sendiri yang berlangsung di Wembley..

Kali terakhir Arsenal bertemu Atletico Madrid sudah semestinya pada perlawanan di Emirates Cup tempoh hari dimana Arshavin muncul wira Arsenal untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Atletico Madrid..

Arsenal dan Celtic tidak pernah bertemu di dalam kejohanan Eropah.. Dalam kejohanan lain Atikah x pasti pulak.. Tapi apa yang pasti Arsenal pernah bertemu jurulatihnya iaitu Tony Mowbray semasa bersama West Brom..

Tapi Celtic jelas berbeza berbanding ketika Mowbray menguruskan West Brom.. Jika Arsenal bertemu Celtic.. Arsenal perlu berhati-hati dengan cabaran mereka.. Bukan seperti kita bertemu West Brom..

Arsenal pernah bertemu RSC Anderlecht pada tahun 1970 dalam Fairs Cup Final.. Di mana Arsenal menang 4-3 menerusi agregat..

Arsenal sama sekali tidak pernah bertemu FC Timisoara.. Wakil dari Romania ini merupakan naib juara Liga Romania.. Atikah rasa jika Arsenal menentang wakil Romania ini sudah semstinya menyeronokkan..

Tetapi Atikah rasa teringin juga nak melihat Arsenal menentang Celtic untuk mengelakkan satu perjalanan yang jauh yang mampu memenatkan.. Apa-apa pun kita akan tahu keputusannya esok (Jumaat) pada pukul 11.00 pagi waktu London yang bersamaan pukul 6 petang waktu Malaysia..

Atikah akan beritahu keputusannya pada malam harinya.. Adios Amigos.. Jangan lupa undi di Undian anda.. Atikah nak lihat pasukan manakah yang ramai fan Arsenal teringin nak tengok menjadi lawan Arsenal..

Giogio Chiellini menjadi pilihan fan Arsenal yang mengunjungi blog ini untuk mengantikan Toure dengan memperoleh undian sebanyak 52%.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil