03 August 2009

Sagna - It's great to have Rosicky back

Jack Wilshere yang sekarang ini menjadi tajuk perbualan diantara fan Arsenal mendedahkan kepada Atikah sebenarnya dia x tahu yang Fabio Capello hadir.. Apa yang ditumpukannya hanya fokus pada permainan..

Dalam pada itu Sagna pula meluahkan kegembiraannya apabila melihat Rosicky kembali beraksi bersama Arsenal setelah setahun lebih berada di Hospital menanggung penderitaan kecederaan-kecederaan seriusnya..

"Saya amat-amat gembira untuknya.. Dia buat yang terbaik dan ianya sukar untuknya.. Dia melalui masa yang sukar dan dia berhak mendapat peluang untuk kembali.. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana dia boleh keluar (dari bermain) sebegitu lama.. Itu menunjukkan dia mempunyai karakter yang kuat dan kami perlukannya..

Dia akan memberikan satu kuasa baru dan corak permainan yang berbeza.. Saya rasa Tomas merupakan pemain teknikal di tengah padang dan saya pasti dia mampu membuat perbezaan.. Dia merupakan salah seorang pemain berpengalaman dan ianya mampu membantu kami..

Kami perlukan Tomas seperti kami perlukan semua orang.. Dengan Nasri mengalami kecederaan.. Sudah semestinya dia akan beraksi dengan baik"..

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan