Pre Match: Celtic VS Arsenal

Arsenal akan menentang Celtic malam ini di Glasgow, Scotland dalam pertarungan pusingan kelayakan first leg.. Berita baiknya ialah ada live di Astro ESPN saluran 812.. Siapa yang nak tengok streaming Atikah x tahulah mana link streamingnya..

Sebelum kita berbual lebih panjang.. Arsenal dan Celtic pernah bertemu pada 2 Ogos 2003 di Celtic Park di mana Arsenal bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menyamakan kedudukan dari bekas penyerang Arsenal Kanu..

Arsene yang bersikap positif yakin anak-anak buahnya mampu meneruskan aksi cemerlang mereka semasa menentang Celtic malam ini.. Wenger mengakui semangat pemain-pemainnya cukup membara..

Peminat-peminat Arsenal perlulah sedia maklum yang Celtic cukup kental di tempat sendiri disamping menerima sokongan padu fan-fan mereka.. Jadi sudah semestinya fan-fan Arsenal perlu lebih hebat dari penyokong Celtic untuk memastikan pemain-pemain Arsenal tidak kehilangan punca..

Arshavin akan membuat pernampilan pertamanya sebagai pemain Arsenal untuk beraksi di dalam Champions League selepas terlepas aksi untuk mewakili Arsenal musim lepas disebabkan telah beraksi bersama Zenit ST Petersburg..

Dan Vermaelan sudah semstinya mahu meneruskan rentak cemerlangnya untuk pernampilan pertamanya sejak sekian lama di Champions League pagi ini.. Jadi sekarang ini Atikah akan buat ramalan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Formasi 4-3-3 (wing)

ALMUNIA
SAGNA------GALLAS-------VERMAELEN-------CLICHY
FABREGAS------SONG------DENILSON
BENDTNER------VAN PERSIE-------ARSHAVIN

Tetapi jika Sagna, Fabregas dan Denison tidak mampu beraksi.. Inilah pula bayangan kesebelasan utama Arsenal..

ALMUNIA
EBOUE------GALLAS-------VERMAELEN-------CLICHY
WILSHERE------SONG------DIABY
BENDTNER------VAN PERSIE------ARSHAVIN

Itu hanyalah bayangan kesebelasan utama Atikah.. Sesungguhnya hanya Wenger tahu siapa yang akan dia turunkan.. Tapi sebenarnya Atikah lebih seronok jika Bendtner jadi Super Sub.. Apa-apa pun pagi ini pukul 2.45 pagi ada siaran langsung di Astro ESPN.. Atikah predict Arsenal menang 2-0.. Adios!!

Comments

  1. cayalah atikah,
    tepat prediction 2...
    lain kali predict la menang byk skit gol,
    4-0 ke,
    5-0 ke.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil