25 August 2009

Pre Match: Arsenal VS Celtic

Arsenal akan menanti kunjugan Celtic di Emirates Stadium dengan kelebihan 2 gol dan gol di tempat lawan.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN saluran 812 pada pukul 2.45 pagi ini..

Arsenal hanya perlu mengelakkan tewas lebih dari 2-0 untuk menjamin tempat ke peringkat kumpulan.. Jika Arsenal tewas 2-0 malam ini.. Perlawanan akan ditentukan ke masa tambahan dan sepakan penalti..

Seboleh-bolehnya elakkanlah ke masa tambahan kerana kita ada perlawanan yang lebih mencabar selepas itu.. Iaitu bertemu dengan MU.. Walaupun Wenger menegaskan yang perlawanan menentang Celtic lebih penting dan mencabar daripada perlawanan menentang MU..

Dan Wenger juga sempat berkata semasa bertemu Atikah yang dia tidak membuat tawaran untuk Matuidi.. Seperti dilaporkan Atikah dan media.. Hanya satu je sebab Wenger x beli Matuidi..

Sebabnya ialah kerana kecederaan Fabregas disahkan tidak serius dan Fabregas mempunyai peluang cerah untuk beraksi menentang MU nanti.. Jika kecederaan Fabregas serius.. Sudah semestinya Wenger membuat keputusan untuk membeli Matuidi untuk memback up ketiadaan Fabregas..

Wenger juga seperti akan menurunkan Ramsey sebagai penganti Fabregas.. Wenger mengakui yang Ramsey mempunyai peluang untuk beraksi selepas development Ramsey semakin bagus.. Pasal peluang Diaby.. Entahlah Wenger x sebutkan pun.. Wenger lebih menjurus kepada Ramsey sebagai penganti Fabregas..

Apa-apa pun Atikah akan cuba bayangkan kesebelasan utama Arsenal pada malam ini.. Atikah x pasti sama ada Wenger akan menggunakan formasi 4-3-3 atau pun 4-4-2.. Tapi jika mahu lebih menyerang sudah semestinya 4-3-3..

ALMUNIA
SAGNA------GALLAS------VERMAELEN------CLICHY
RAMSEY/DIABY------SONG-----DENILSON
BENDTNER/ARSHAVIN------VAN PERSIE------EDUARDO/ARSHAVIN

Atikah juga x pasti sama ada Eduardo ataupun Bendtner yang akan beraksi malam ini.. Jika Wenger mengunakan formasi 4-4-2.. Sudah semestinya Arshavin akan beraksi sebagai pemain sayap kiri..

Adakah malam ini Gallas akan menyerlah sekali lagi?? Gallas sudah pun menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan.. Itu semua tidak penting.. Asalkan Gallas kental menahan kubu Arsenal daripada dibolosi lebih dari 1 gol.. Atikah predict Arsenal menang 3-0.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan