Post Match: First Day Emirates Cup

First Day Emirates Cup bermula dengan bosan sedikit memandangkan hanya 4 gol berjaya dijaringkan oleh keempat-empat pasukan.. Arsenal dan Rangers masing-masing mencatat kemenangan.. Ranger menang 1-0 mengatasi PSG..

Namun perlawanan di antara Arsenal dan Atletico Madrid lebih mencuri tumpuan.. Perlawanan berkangsung dengan penuh sengit.. Dan tidak rugi anda melihat perlawanan ini.. Sebenarnya Armyrule.. Wenger memulakan perlawanan dengan formasi 4-5-1.. Inilah barisan kesebelasan utama Arsenal..

MANNONE
SAGNA-----GALLAS-----DJOUROU-----TRAORE
EBOUE-----RAMSEY-----DENILSON-----ROSICKY-----BENDTNER
VAN PERSIE

Namun kadang-kadang Eboue, Bendtner dan Rosicky saling bertukar posisi.. Van Persie yang memakai kalungan armband pada perlawanan ini.. Pada separuh masa pertama tiada gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan.. Namun perlawanan ini tetap menarik..

Penjaga gol berusia 20 tahun dan merupakan pemain baru Atletico Madrid iaitu Sergio Asenjo beraksi dengan begitu cemerlang dengan menghampakan pemain-pemain Arsenal dengan ketangkasannya..

Bukan hanya penjaga gol Atletico Madrid saja beraksi cemerlang.. Dan jangan pula memperlekehkan kecemerlangan Vito Mannone pada perlawanan ini.. Walaupun kadang-kadang posisi Mannone tidak beberapa baik.. Namun gawangnya tetap dikawal rapi..

Sergio Aguero sememangnya mengucar-gacirkan pertahanan Arsenal.. Setiap kali dia memegang bola berdebar jantung Atikah takut Aguero menjaringkan gol.. Namun terima kasih kepada pertahanan Arsenal yang beraksi cemerlang mengawal Aguero..

Tamat separuh masa pertama.. Arsenal dan Atletico Madrid masih terikat tanpa jaringan.. Sepanjang separuh masa pertama ini.. Eboue, Rosicky, Aguero dan Sergio Asenjo menarik perhatian Atikah dengan aksi yang yang memukau..

Wilshere, Merida dan Clichy di bawa masuk untuk mengantikan Eboue, Rosicky dan Traore sebaik bermula separuh masa kedua..

Baru beberapa saat separuh masa kedua bermula.. Van Persie hampir membuka tirai jaringan apabila mudah memperdayakan penjaga gol namun sayangnya pemain pertahanan Atletico Madrid mengeluarkannya sebelum bola tersebut menerjah jaring..

Beberapa saat selepas itu.. Gawang Atletico Madrid hampir dibolosi Bendtner.. Namun sayangnya rembatan Bendtner yang mahu menjaringkan gol ala-ala gol pertama Arshavin menentang Blackburn dahulu sedikit tersasar..

Jack Wilshere jelas mengucar kacirkan pertahanan Atletico Madrid dari sebelah kanan.. Atikah cukup kagum dengan permainannya.. Dan hampir juga passingnya menghasilkan gol.. Minit ke 66.. Wenger mengeluarkan Ramsey, Bendtner dan Van Persie dan membawa masuk Fabregas, Arshavin dan Eduardo..

Atletico Madrid hampir menyentak Arsenal dengan rembatan dari luar kotak penalti namun Mannone lebih bijak untuk menahannya.. Satu counter attack selepas itu mengamamkan pemain Atletico Madrid apabila gerakan yang dimulakan Wilshere Atikah rasa mencari Fabregas..

Namun tiada pemain untuk dipassing Fabregas.. Dan tiba-tiba jugalah terpacak Arshavin lalu Fabregas menghantar bola kepadanya sebelum Arshavin merembat ke sudut bawah berhampiran dengan tiang gol yang gagal ditepis kemas penjaga gol Atletico Madrid..

Atletico Madrid mengasak Arsenal dan percubaan siapa entah dari luar kotak penalti hampir menembusi gawang Arsenal selepas tepisan Mannone masih belum mencukupi dan bola itu meleret namun masih belum melepasi garisan gol.. Namun akhirnya..

Pacheco mengambil kesempatan kelekaan pemain pertahanan dan mengelakkan perangkap offside dan berada di dalam situasi 1 on 1 dengan Mannone.. Nasib berpihak kepada Pacheco untuk meledak gol penyamaan hampir 1 minit selepas gol Arshavin..

Atikah pun apa lagi mula duduk kekecewaan selepas merasakan keputusan seri yang akan dicapai pada perlawanan ini.. Namun Atikah masih positif dan berharap ada seorang hero hadir untuk memberikan kemenangan kepada Arsenal..

Akhirnya Arshavin muncul wira Arsenal dengan perlawanan berbaki 1 minit lagi apabila kesilapan pertahanan Atletico Madrid menanduk kebelakan bola dan ditambah pula dengan Arshavin sudah pun offside.. Arshavin dan Eduardo saling mengejar bola sebelum Arshavin menolak melepasi penjaga gol..

Opps... Tunggu.. Bola tu x masuk lagi.. Bola tersebut meleret dan hampir keluar namun Arshavin menggunakan kepantasannya untuk mengejar bola sebelum menolak masuk ke gawang yang ternganga luas itu..

Atletico Madrid gagal untuk menyamakan kedudukan untuk memberikan kemenangan 2-1 kepada Arsenal.. Separuh masa kedua sebenarnya berlangsung dengan begitu rancak sekali.. Wilshere dan Merida menjadi pemain yang sering mengucar-kacirkan pertahanan Atletico Madrid..

Namun Atikah tetap mahu menghadiahkan pemain terbaik perlawanan ini kepada Arshavin.. Dan Atikah ucapkan tahniah kepada Sergio Asenjo, Mannone, Eboue, Rosicky, Wilshere dan Merida yang beraksi dengan cukup cemerlang pada perlawanan ini.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil