Piala pertama dijulang Fabregas !!

Fabregas akhirnya menjulang piala sebagai kapten Arsenal dalam tempoh hampir setahunnya menjadi kapten pasukan Arsenal.. Adakah ini pertanda Arsenal akan menukarkan piala tersebut kepada piala EPL, FA Cup dan Champions League??

Nampaknya formasi baru yang ditekankan Wenger semakin menjadi iaitu mementingkan bahagian tengah dengan menggunakan formasi 4-5-1.. Inilah barisan kesebelasan utama Arsenal semalam..

ALMUNIA
EBOUE-----GALLAS-----SILVESTRE-----CLICHY
WILSHERE-----FABREGAS-----SONG-----MERIDA-----ARSHAVIN
EDUARDO

Arsenal tidak perlu menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila hantaran Arshavin mencari Fabregas sebelum Fabregas mengembalikan kembali kepada Arshavin dan Arshavin membuat backhill yang mencari Wilshere.. Wilshere tidak menunggu lama untuk melepaskan rembatan kencang melepasi jangkauan panjaga gol semasa perlawanan baru mahu memasuki minit ke 2..

Arsenal meledak sekali lagi pada minit ke 10 selepas hantaran jauh Gallas mencari Arshavin yang berada berhampiran kotak penalti sebelum Arshavin menanduk bola tersebut kepada Eduardo.. Eduardo mula mengatur sentuhan ajaibnya dan gol!!

Pada mulanya Atikah lihat ianya bagaikan akan sedikit tersasar.. Namun bola tersebut terus melencong ke penjuru gol mencari tiang sebelum bola tersebut terus menerjah gawang.. Dan nampaknya di saat ini Piala Emirates Cup semakin pasti menjadi milik Arsenal kerana Arsenal sebenarnya hanya perlu seri sahaja..

Pada awal separuh masa kedua Wenger membuat dua pertukaran dengan mengeluarkan Clichy untuk Traore.. Dan Gallas yang seperti mengalami kecederaan ditukarkan dengan pemain yang mempunyai permainan low profilenya iaitu Denilson.. Ini bermakna Song akan beraksi sebagai pemain pertahanan..

Minit ke 62.. Arsenal membuat pertukaran sekali lagi dengan mengeluarkan Arshavin dan Eduardo dan membawa masuk Bendtner dan Sanchez Watt.. Watt beraksi sebagai pemain sayap kiri sementara Bendtner beraksi sebagai penyerang tunggal.. Pada minit ke 67.. Wenger mengeluarkan Fran Merida dan membawa masuk seorang lagi pemain yang seperti Fabregas iaitu Aaron Ramsey..

Gerakan dari pemain muda Arsenal iaitu Sanchez Watt, Ramsey dan Wilshere mengundang padah kepada Rangers apabila Wilshere melepaskan rembatan di top corner untuk gol ketiga Arsenal dan gol kedua peribadi Wilshere dan memberikan kemenangan mutlak Arsenal..

Akhirnya Rosicky beraksi apabila mengantikan Fabregas seminit selepas Wilshere meldak gol ketiga Arsenal.. Namun Rosicky tidak banyak menunjukkan aksi memukaunya seperti perlawanan menentang Atletico Madrid..

Hari yang cukup sempurna untuk Wilshere sepanjang kejohanan Emirates Cup ini.. Dan meledak dua gol pada hari terakhir kejohanan dan dinobatkan sebagai man of the match.. Dan lebih manis persembahan Wilshere ini ditonton oleh jurulatih England iaitu Fabio Capello !!

Mungkin debut pertama Wilshere bersama skuad England akan berlaku jika Wilshere berjaya menjadi pemain utama Arsenal musim ini.. Tahniah Wilshere.. Tapi Atikah hairan betullah kehebatan Wilshere x digembar gemburkan berbanding semasa Macheda jadi hero MU tahun lepas.. Hairan2..

Sebenarnya Capello hadir bukan kerana Wilshere.. Tetapi untuk melihat Almunia yang dikatakan mungkin akan beraksi bersama skuad England dalam piala dunia nanti.. Tetapi Wilshere bijak menggunakan kesempatan ini untuk mengkagumkan Capello..
Arshavin di sahkan menjadi pemain terbaik kejohanan apabila meledak 2 gol yang membantu Arsenal mencatat kemenangan menentang Atletico Madrid dan mencipta satu peluang kepada Eduardo pada perlawanan menentang Rangers.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil