07 August 2009

Lupakan saja Chamakh Wenger !!

Atikah sekarang ini dah x boleh bersabar lagi dengan sikap ego Bordeaux itu.. Arsenal dah buat tawaran 6 juta pound untuk Chamakh pun dah kira baguslah tu daripada Arsenal dapatkannya secara percuma tahun depan dan akhirnya nanti Chamakh skor hatrik menentang Bordeaux..

Atikah memang x fahamlah dengan Bordeaux nie.. Jurulatih mereka pun sama saja.. Wenger memang nakkan Chamakh.. Tapi kalau sampai 18 juta pound.. Wenger kirim salam sajalah.. Masalahnya ialah kontrak Chamakh bukan berbaki 5 tahun lagi.. Tetapi setahun..

Memanglah perjanjian ini boleh dicapai selama 48 jam Laurent Blanc.. Tapi kalau anda dan pengurusan anda x nak terima tawaran 6 juta pound Arsenal tu 48 tahun nanti pun belum tentu habis.. Sekarang ini masalah Arsenal atau Bordeaux??

Wenger dah terang-terangan memberitahu dia memang dah jatuh cinta dengan Chamakh.. Dan Wenger menganggap Chamakh merupakan pemain yang cukup sesuai untuk Arsenal.. Tapi kita tahu sajalah Wenger sama sekali x akan membeli pemain di atas 15 juta pound lebih-lebih lagi kalau kontrak pemain itu berbaki setahun lagi..

Atikah rasa Wenger patut lupakan saja si Chamakh tu kalau Bordeaux berterus-terusan berlagak macam tu.. Biar Chamakh mencari jalan untuk keluar jika dia benar-benar nak ke Arsenal.. Atikah x sabar nak tengok apa Chamakh akan lakukan..

Tapi apa-apa pun Atikah cukup kecewa dengan Bordeaux yang cukup berlagak untuk menerima tawaran bernilai 6 juta pound Arsenal ini.. Tetapi Atikah menghormati kehendak mereka memandangkan Chamakh masih milik mereka sehingga tamat musim depan selagi Chamakh tidak memperbaharui kontraknya.. Adios!!

2 comments:

  1. atikah, saya adalah peminat setia Arsenal.. pada pendapat saya dalam pembeliaan pemain kelab yang mempunyai pemain berkualiti pasti sukar untuk melepaskan pemain harapan mereka. jika atikah sebagai pengurus arsenal dan kelab barcelona mahu membeli fabregas yang hanya berbaki kontrak 1 tahun adakah atikah akan melepaskan pemain itu?? pasti pelbagai cara akan dilakukan oleh atikah untuk mempertahankan pemain tersebut dari berpindah. begitu lah juga situasi yang terjadi sekarang. kadang kala halangan terjadi berpunca dari polisi pembeliaan yang dibuat wenger sendiri..fram.. upsi85

    ReplyDelete
  2. chamakh tu x da apa apa laurent blanc tu yg berlagak

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan