Latest news dari kem Arsenal

Okey sebelum kita mulakan artikel dalam hari pertama bulan puasa tahun ini.. Atikah nak ucapkan Selamat Berpuasa buat fan-fan dan pemain-pemain Arsenal yang beragama Islam.. Jangan curi-curi makan atau pun buat-buat lupa hari ini Puasa..

Kita mulakan dulu dengan rumours yang mengatakan Arsenal dan Barcelona telah mencapai kata persetujuan untuk menjual Fabregas ke Barcelona musim depan.. Wenger memberikan respon dalam pre match confrence..

Wenger mengatakan kelab-kelab Sepanyol ini lebih kepada politik berbanding sifat kesukanan.. Dan kerja mereka yang lain pula ialah merosakkan kelab-kelab lain.. Atikah setuju dengan Wenger yang kelab-kelab di Sepanyol lebih kepada politik..

Barcelona sekarang ini akan mendapatkan presiden baru tahun depan.. Jadi presiden sekarang dan musim hadapan ini jelas mahu bersaing siapa yang berjaya dapatkan Fabregas dulu.. Dan Wenger juga menegaskan yang dia sama sekali tidak akan membuat perjanjian seperti itu..

"Satu benda yang boleh saya kata apabila saya bersetuju untuk menjual pemain setahun advance ialah saya tidak lagi akan berada untuk pekerjaan ini lagi.."

Dan Wenger juga mengatakan yang dia sama sekali tidak lagi berminat untuk mendapatkan Brede Hangeland.. Memang mengecewakan segelintir fan-fan Arsenal bukan.. Tapi Wenger menegaskan yang dia akan membawa masuk lagi muka baru sebelum musim perpindahan ditutup 1 September ini pada pukul 5 petang waktu London.. Tetapi mungkin pemain yang lebih bertahan..

Dan Wenger berterus-terusan mengkritik skuad kebangsaan England di atas sebab kecederaan yang di alami Walcott selepas terpaksa beraksi dalam U-21 dan senior England.. Dan Wenger mengatakan kemungkinan besar Walcott x beraksi sepanjang bulan ini termasuklah semasa menentang MU hujung bulan ini..

Vela yang masih lagi dibuai mimpi melalui hari-hari yang indah bersama skuad Mexico diberikan tamparan hebat apabila dia mengalami kecederaan buku lali.. Dan Vela mungkin akan kembali pada bulan September nanti..

Namun Wenger tetap memberikan berita baik apabila Eduardo disahkan cergas sepenuhnya untuk beraksi menentang Pompey malam ini.. Sama ada dalam kesebelasan utama mahu pun di bangku simpanan Wenger yang akan menentukan.. Okeylah ini saja berita-berita terkini dari kem Arsenal.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil