Laluan mudah di Group H

Nampaknya kali ini nasib memang betul-betul bersama Arsenal apabila di undi dengan pasukan-pasukan yang low profile.. Dan tiada langsung sebab mengapa Arsenal gagal untuk mendominasi kumpulan H ini..

Arsenal di undi dengan AZ Alkmaar, Olympiakos FC dan Standard Liege di dalam kumpulan H.. Dan kesemua pasukan ini merupakan juara di Belanda, Greece dan Belgium.. Di sini akan Atikah berikan sedikit pengenalan pasukan yang akan ditentang Arsenal ini..

AZ Alkmaar merupakan juara liga Belanda.. Dan sudah semestinya Alkmaar akan memberikan tentangan sengit pada kita.. Dan yang paling bagusnya ialah Vermaelen sudah semestinya tahu siapa yang perlu dijaganya.. Kini Alkmaar berada di tangga ketiga liga selepas 4 perlawanan..

Olympiakos FC.. Juara Greece.. Atikah x berapa tahu sangat pasal Olympiakos ini.. Tapi apa yang pasti mereka cukup hebat di Greece.. Tapi masih lagi boleh dikatakan sebagai pasukan low profile..

Standart Liege.. Mempunyai ramai pemain yang perlu di berikan perhatian.. Defour, Jovanovic dan Witsel di antaranya.. Namun sekarang ini mereka sedang bergelut apabila hanya seri dalam 4 perlawanan liga mereka..

Itulah serba sedikit penerangan pasukan-pasukan yang akan ditentang Arsenal nanti.. Ikuti artikel Atikah seterusnya.. Dengan banyak berita-berita panas dan update terkini tentang kontroversi Eduardo..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil