Kami dibelakang anda Eduardo !!

Atikah yang menjadi wakil peminat-peminat Arsenal di Malaysia mahu pun serata dunia mahu menegaskan yang Eduardo tidak bersalah.. Mengapa Atikah cakap macam itu.. Banyak sebabnya..

First.. Eduardo cuba mengelak dari pada bertembung dengan Boruc.. Dan dalam masa yang sama tidak mahu memijak bola.. Anda sendiri tahu apa yang akan berlaku kalau anda pijak bola kan..

Second.. Eduardo pada masa itu memang pantas.. Jadi segala-galanya boleh berlaku.. Bukannya semasa pertembungan itu Eduardo bergerak perlahan.. Ianya berlaku dengan pantas.. Dan Atikah yakin Eduardo pun bukannya teringin sangat nakkan penalti.. Lagi pun masih ada ruang untuknya menolak masuk bola..

Atikah berharap UEFA memikirkan setiap satu sebab mengapa Eduardo merebahkan badannya.. Dan biarkan Eduardo memberitahu kebenarannya.. Tapi walau apa-apa pun terjadi Atikah yakin fan-fan Arsenal akan berada dibelakang Eduardo..

Dan mungkin juga fan-fan Arsenal akan membuat banner untuk menunjukkan support mereka kepada Eduardo.. Ianya tidak mustahil.. Tapi Atikah percaya 200% yang Eduardo tidak menipu.. Sesungguhnya Ronaldolah raja sekali diving ini.. Dan cubalah tengok klip video yang Atikah selitkan ini.. Adios!!





Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil