02 August 2009

Inilah Arsenal yang hilang selama ini!!

Emirates Cup kali ini menunjukkan taring sebenar Arsenal yang hilang bertahun-tahun lamanya.. Atikah merindui zaman kegemilangan kita suatu masa dulu.. Adakah ini pertanda Arsenal akan mengegar dunia bola sepak tahun hadapan??

Adakah skuad Arsenal sekarang ini mampu menjadi seperti skuad Arsenal 49 unbeaten dan menjulang liga dengan tanpa sebarang kekalahan dan menjadi rekod yang masih belum sesiapa mampu menyamainya..

Formasi baru Wenger iaitu 4-5-1 semakin menjadi berbanding tahun lepas.. Dan Wenger sendiri mengakui yang dia mahu menitik beratkan bahagian tengah Arsenal.. Dibantu pula dengan sentuhan pemain-pemain tengah kreatif kita..

Dan mampukah skuad Arsenal tahun ini mengelakkan mengalami kecederaan serius yang memaksa mereka berehat berbulan-bulan lamanya.. Arsenal telah kehilangan Nasri.. Siapa pula selepas ini?? Atikah harap Nasri ialah yang pertama dan terakhir mengalami kecederaan serius untuk musim ini..

Apa-apa pun Atikah harap tahun hadapan Arsenal akan mengegarkan dunia bola sepak walaupun beberapa pemain meninggalkan Arsenal.. Dan tiada pengganti di cari.. Buktikan Young Guns Arsenal ialah yang terhebat.. Dan marilah kita menutup mulut pengkritik kita..

Kali ini kita perlu berikan keprcayaan kepada Wenger dan pemain mudanya.. Kerana mereka perlukannya.. Hasilnya.. Kita serahkan kepada mereka untuk membalasnya kembali.. In Arsene We Trust.. We All Behind You Young Guns!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan