Impian Wojciech Sczcesny

Penjaga gol Arsenal yang baru dinaikkan dari skuad simpanan iaitu Wojciech Sczcesny yang baru berusia 19 tahun sudah mula bermimpi untuk beraksi bersama skuad senior Arsenal dalam kempen Piala Carling dan juga bercita-cita mahu menyarung jersi no. 1 Arsenal..

"Saya mahu yakinkan pengurus supaya memberikan peluang kepada saya dalam kempen Piala Carling.. Dan kemudian misi utama saya ialah menjadi No. 1 di Arsenal.. Saya mahu beraksi dalam kesebelasan utama setiap sabtu jadi saya perlu mendaki satu persatu langkah.."

"Secara peribadinya saya rasa development saya berjalan dengan lancar setakat ini.. Harap-harap saya akan lakukannya dengan baik dan mengunakan setiap peluang yang ada.. Saya mahu mengambil setiap langkah.."

"Tahun lepas saya masuk dari U-18 ke skuad simpanan.. Tahun ini saya berjaya masuk ke skuad senior.. Saya dapat beberapa peluang dari pengurus dan saya tahu itulah peluang untuk saya menyakinkan dia untuk memberikan saya peluang lagi"..

"Saya rasa saya mengambilnya dengan baik.. Saya kekalkan cleen sheet sepanjang pre season dan sekarang saya mahu yakinkan dia yang saya penjaga gol yang bagus dan dia boleh percayakan saya"..

"Ianya memberikan saya keyakinan dan ianya membuatkan saya rasa pengurus sukakan saya dan saya boleh menjadi penjaga gol yang hebat.. Secara mentalnya saya percaya saya sedia untuk first team"..

"Saya amat yakin.. Saya tidak pernah bermain dalam peringkat tertinggi.. Tetapi secara mentalnya saya sudah bersedia untuk itu".. Atikah cukup kagum dengan impian Sczcesny ini.. Tetapi dia perlu lebih bersabar menunggu peluangnya kerana Arsenal sekarang ini mempunyai penjaga gol yang cukup bagus..

Tetapi di saat Fabianski masih injured ini baiklah dia ambil kesempatan ini untuk peluang beraksi dalam Piala Carling.. Sebenarnya Sczcesny yang berasal dari Poland dan merupakan kelab yang sama dengan Fabianski ini seorang penjaga gol yang cukup berbakat..

Walaupun pernah mengalami kecederaan serius apabila patah kedua dua belah tangannya bulan Oktober lalu.. Sczcesny pantas membuktikan kembali kemampuannya.. Atikah yakin suatu hari nanti dia akan menjadi penjaga gol yang bagus..

Okey sebelum Atikah tamatkan artikel ini.. Anda boleh kunjungi blog Arsenal Ladies yang diuruskan Atikah untuk mengetahui keputusan penuh pre season match mereka menentang Oxford City pagi tadi.. Tahniah diucapkan kepada Arsenal Ladies yang mencatat kemenangan besar 13-0.. Adios!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil