10 August 2009

I really - really hate Barcelona !!

Perasaan Atikah sekarang ini sedang barcampu baur.. Kalau buat sup campur nie mesti sedap.. Okey sebab apa Atikah rasa macam nie.. Mana boleh tahan kalau spy Atikah beritahu Atikah yang Barcelona nak dapatkan Fabregas selewat-lewatnya musim depan..

Okey kalau musim depan tu bolehlah terima.. Terutama sekali kalau Arsenal gagal menang apa-apa piala walaupun FA Cup.. Namun berita baiknya ialah Barcelona mengakui mereka mungkin gagal untuk mendapatkan Fabregas disebabkan Arsenal awal-awal lagi dah membina kubu untuk menafikan percubaan untuk mendapatkan Fabregas..

Tapi cukup malang buat Arsenal kubu Fabregas boleh berubah-ubah.. Jadi segala keputusan sedang berada di tangan Fabregas sekarang ini.. Dan satu lagi berita baiknya ialah mereka mengakui masih belum berbincang dengan Arsenal..

Tetapi ini bab yang paling Atikah suka.. Barcelona sedia mengangkat bendera putih jika Arsenal meletakkan harga yang cukup tinggi untuk Fabregas.. Tapi menurut spy Atikah yang lagi seorang.. Barcelona bersedia menawarkan 25 juta pound dan seorang pemain..

Atikah nak bagi tip dekat Wenger.. Kalau nak mencabar Barcelona iaitu dengan membuatkan mereka takut untuk membawa Fabregas kembali ke Nou Camp dalam masa terdekat ini ialah menerima tawaran 25 juta pound mereka itu dengan seorang pemain..

Kita cuba berkeras mahukan Messi sebagai sebahagian dari perjanjian tersebut.. Ataupun buat pertukaran pemain sahaja iaitu diantara Fabregas dan Messi dengan percuma.. Ianya cukup adil dan sebenarnya Arsenal lebih beruntung dengan cara ini..

Tapi Atikah rasa Barcelona perlu lebih menghormati perasaan fan-fan setia Arsenal atas berita-berita sebegini.. Lagi pun hubungan Arsenal dan Barcelona cukup baik.. Janganlah membuatkan fan Arsenal menganggap Barcelona merupakan pasukan yang paling dibenci mereka..

Atikah amat berharap kepada Barcelona tolonglah hormati Fabregas.. Sudah banyak kali Fabregas menegaskan kommitmennya bersama Arsenal.. Dan Fabregas sendiri mengakui dia hanya nampak masa depannya bersama Arsenal..

Dan Atikah rasa jika musim depan Arsenal gagal memenangi trofi.. Atikah dan fan-fan Arsenal bersedia berdepan kemungkinan hampir kesemua pemain utama Arsenal meninggalkan Emirates Stadium.. Tapi ingat Barcelona.. I still hate you !!

5 comments:

  1. yaaaa...
    idea yg sgt bernas 2 atikah..
    biar goyang pal0 ltut dieorg pkr hal ni...hahaaa

    ReplyDelete
  2. iya btul tu..
    ambil la c fabregas free2 yg pnting messi milik kita..

    ReplyDelete
  3. eemmm dah tentu2 takkan terjadi.....

    ReplyDelete
  4. Nak ke Barca tukar Messi dgn Cescy.??aku rase tak mungkin..huhu..

    ReplyDelete
  5. kalau barca x nak.. fabregas still milik kita.. biar barca tu rasa sikit penagan arsenal.. ingat arsenal x berani ke??

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan