06 August 2009

Huntelaar terlepas Chamakh jadi pilihan !!

Atikah telah pun dihubungi spy Atikah di Itali dengan mengatakan AC Milan dan Real Madrid telah mencapai kata persetujuan untuk membawa target Arsenal iaitu Huntelaar ke San Siro dengan nilai perpindahan 13 juta pound..

Ini bukanlah mainan media.. Tetapi ianya disahkan sendiri oleh laman web rasmi AC Milan.. Huntelaar akan menjalani pemeriksaan kesihatan esok.. Iaitu hari Jumaat.. Huntelaar akan memperolehi gaji mingguan sebanyak 60 ribu pound seminggu selepas cukai..

Namun apa yang menghairankan Atikah ialah spy Atikah di Perancis mengatakan Zidane iaitu penasihat istimewa Real Madrid mengesahkan Arsenal telah membuat tawaran bernilai 17 juta pound untuk Huntelaar..

Ianya memang memeningkan kepala Atikah.. Sudah tentulah Atikah mempercayai AC Milan memandangkan Atikah dah ada bukti kukuh dengan pengesahan rasmi dari AC Milan.. Tetapi selagi Huntelaar tidak menandatangani kontrak bersama AC Milan.. Huntelaar masih berpeluang menjadi milik Arsenal..

Namun kemungkinan untuk Chamakh hadir ke Emirates Stadium semakin meningkat apabila Bordeaux dikatakan sedang menimbangkan kemungkinan menerima tawaran terakhir Arsenal yang dikatakan bernilai 10 juta pound..

Dan pengerus Fulham dikatakan bersedia berbincang dengan Arsenal untuk Hangeland jika mereka menerima tawaran yang cukup sukar untuk ditolak.. Namun hanya Wenger saja tahu sama ada dia masih jatuh cinta dengan Hangeland atau tidak lagi..

Sampai disini sajalah transfer rumours yang berjaya disampaikan spy Atikah.. Kalau ada berita terkini akan Atikah informkan.. Stay tune dengan arsenalmalaysia.blogspot.com.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan