Hartson decline Arsenal offer

Hartson yang dikunjungi spy Atikah selepas mendengar berita yang Wenger telah menawarkan kepada Hartson tiket untuk melihat perlawanan di antara 2 bekas kelabnya iaitu Arsenal dan Celtic di Emirates Stadium nanti..

Bagaimana pun Hartson yang semakin pulih dari kansernya memberitahu spy Atikah yang dia terpaksa menolak tawaran tersebut tetapi akan menyaksikan perlawanan tersebut di kaca televisyen..

Hartson juga mengakui dia terharu apabila Wenger memberikan kad Get Well soon kepadanya semasa berada di Hospital.. Apabila ditanya tentang mengapa dia berhijrah ke West Ham inilah reaksi Hartson..

"Wenger tidak mahu saya meniggalkan Arsenal dan telah melakukan segalanya untuk memastikan saya kekal bersama Arsenal.. Namun disebabkan saya menjadi pilihan ke 3 dibelakang Ljungberg dan Wright.. Jadi saya mahu meniggalkan Arsenal untuk beraksi dalam kesebelasan utama.. Kami tidak mempunyai apa-apa masalah.."

"Tetapi bila saya fikirkan karier saya kembali.. Saya terfikir apakah yang akan bertukar jika saya kekal bersama Arsenal.."

Hartson juga jelas merasakan Arsenal mampu memenangi pertarungan ini apabila mengakui dia takut jika Celtic dipermainkan sepertimana Arsenal lakukan kepada Everton.. Atikah mengharapkan Hartson tabah menghadapi dugaan ini..

Atikah sebenarnya sedikit terkilan apabila Hartson tidak mampu untuk melihat perlawanan ini.. Bukannya sebab apa Atikah rasa Hartson patut diberikan penghargaan sebegini.. Bukannya mudah untuk melihat pertarungan 2 bekas kelab yang kita wakili dan mempunyai musim yang cemerlang bersama mereka..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil