Get Well Soon Fabregas !!

Semakin banyak khabar angin yang mengatakan Fabregas mengalami kecederaan hamstring yang serius yang memaksa Fabregas berehat lama dan terlepas aksi penting musim ini iaitu bertemu MU..

Atikah cuba untuk tidak endahkannya.. Tetapi Atikah cukup risau kerana Fabregas merupakan pemain penting dan sedang berada di puncak prestasi sekarang ini.. Jika tiada Fabregas adakah jentera tengah Arsenal tidak tempang??

Sudahlah sekarang ini Arsenal dah kehilangan 3 pemain tengah terbaik Arsenal iaitu Nasri, Walcott dan Rosicky.. Kini tambah pula Fabregas.. Van Persie pula masih belum mencapai tahap terbaiknya..

Namun hasil hantarannya masih boleh dipakai.. Oh tolonglah Wenger beri berita baik tentang kecederaan Fabregas ini.. Biarlah Fabregas terlepas aksi menentang Celtic tapi bukan terlepas aksi menentang MU..

Memang sejak permulaan musim ini selepas menentang Everton Fabregas mula mengalami kecederaan hamstring.. Mungkin kerana tidak mendapat rehat secukupnya selepas beraksi bersama skuad kebangsaan..

Tetapi Atikah sering berharap setiap minit dan saat supaya kecederaan Fabregas tidaklah seteruk yang dikatakan media.. Marilah kita sama-sama berharap yang kecederaan Fabregas tidaklah seteruk mana.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil