18 August 2009

Gallas semakin menjadi !!

Sama ada kita sedar atau tidak.. Kita mula melupakan Toure sejak gandingan mantap di antara Gallas dan Vermaelen dalam 2 perlawanan pertama mereka bergandingan.. Hanya satu gol dilepaskan dan Gallas sendiri telah menjaringkan 2 gol dan kini berkongsi kedudukan dengan Fabregas sebagai penjaring terbanyak Arsenal musim ini..

Dan ini juga membuka peluang untuk Gallas dipilih sebagai Player Of The Month.. Memang kita sendiri sedari yang Gallas amat gembira sejak kepergian Toure.. Walaupun pada mulanya kita lebih menyokong Gallas pergi berbanding Toure..

Kini Atikah amat gembira kerana Gallas masih kekal dan berjaya menjadi hero Arsenal pada perlawanan menetang Celtic pagi tadi.. Kita pun tahu yang Wenger terpaksa menjual sama ada Gallas mahu pun Toure untuk mengembalikan suasana tenang di kem Arsenal..

Dan Wenger membuat keputusan yang betul apabila menjual Toure.. Jika kita cuba bandingkan di antara Toure dan Gallas.. Kita akan sedari yang Toure lebih handal bertahan berbanding menyerang.. Sementara Gallas seimbang di antara kedua-duanya..

Sememangnya sifat wira yang berada di dalam diri Gallas sudah beberapa kali menyelamatkan Arsenal terutama sekali semasa menentang Hull City dalam peringkat suku akhir Piala FA musim lepas.. Tandukan kontroversinyalah yang membawa Arsenal mara ke separuh akhir..

Walaupun Gallas gagal untuk menewaskan Toure dalam pertarungan pemain pertahanan yang lebih kental.. Gallas berjaya membuktikan kehebatannya semasa Arsenal perlukan seseorang untuk menjaringkan gol menerusi set piece..

Ramai yang cakap Wenger mebuat keputusan yang silap dengan memberikan kalungan armband kepada Gallas selepas Henry berhijrah.. Atikah pun fikir sebegitu juga pada awalnya.. Namun selepas Atikah fikirkan kembali Atikah tahu mengapa Wenger memilih Gallas menjadi kapten pasukan..

Walaupun Gallas bukanlah seorang pemimpin jika dibandingkan dengan Toure dan Gilberto Silva.. Tetapi Gallas merupakan seorang pejuang yang mampu menjadi hero pasukan jika kena dengan masa dan tempatnya..

Dan kritikannya kepada rakan sepasukan.. Semua fan Arsenal sudah sedia maklum yang media amat cemburu dengan Arsenal.. Mereka saja membuatkan Gallas mengkritik rakan sepasukannya untuk mencipta suasana kurang enak di kem Arsenal..

Ingat x lagi Gallas menangis selepas tamat perlawanan menentang Birmingham di mana kita seri 2-2 sama dan ditambah pula Eduardo diusung keluar padang kerana patah kaki.. Ramai yang ketawa dan mengkritik apabila melihat perkara ini..

Tetapi jika anda benar-benar peminat setia Arsenal.. Dan anda merupakan kapten Arsenal.. Anda akan melakukan perkara yang sama.. Sudah semestinya kita sedih apabila disaat kita akan mendapat 3 mata penuh dan akan terus memimpin carta.. Satu penalti telah mengubah segala-galanya..

"William is fantastik.. Saya percaya yang hari ini merupakan perlawanan terbaiknya dalam tempoh 2 tahun dia di sini".. Itulah kata-kata Wenger tentang prestasi terkini Gallas.. Walaupun Gallas telah membuatkan segelintir fan Arsenal membencinya..

Tetapi kini Gallas semakin menjadi kesayangan peminat Arsenal apabila aksi memukaunya bersama Arsenal dalam 2 perlawanan pertama musim 2009/2010.. Atikah harap Gallas meneruskan kecermelangannya ini.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan