18 August 2009

Gallas cemerlang Caldwell malang

Arsenal meneruskan rentak cemerlang apabila mendominasi permainan di Glasgow untuk memastikan Arsenal menang 2-0 dan mendapat advantage pada second leg nanti.. Sudah semestinya pemain Celtic sukar untuk menukarkan keputusan ini..

Trio Arsenal iaitu Sagna, Fabregas dan Denilson memberikan khabar gembira apabila berjaya melepasi ujian kecergasan dan sudah semestinya ianya memberikan suntikan moral kepada pemain-pemain Arsenal yang lain.. Ini ialah kesebelasan utama Arsenal pagi tadi..

ALMUNIA
SAGNA------GALLAS-----VERMAELEN------CLICHY
FABREGAS-------SONG------DENILSON
BENDTNER------VAN PERSIE------ARSHAVIN

SUB
MANNONE
DIABY
GIBBS
WILSHERE
SILVESTRE
RAMSEY
EBOUE

Agak mengejutkan Wenger tidak membawa Eduardo sekali.. Tapi apa-apa pun Arsenal tetap menang.. Atikah tidak nampak langsung fan-fan Arsenal di Glasgow.. Mungkin sekumpulan kecil sahaja.. Ianya memang membuatkan Atikah berharap pemain-pemain Arsenal mampu mendiamkan fan-fan Celtic seketika..

Akhirnya sekian lama menunggu Gallas berjaya mendiamkan fan-fan Celtic dengan tinggal 2 minit lagi separuh masa pertama tamat.. Free kick yang diambil Fabregas bagaimana pun terbias terkena Gallas yang bijak mempermainkan perangkap offside.. Dan sudah semestinya penjaga gol Celtic telah pun tertipu..

Jika tidak kerana Gallas.. Arsenal masih lagi belum mendahului.. Cara menyambut minggu hari jadinya yang bagus.. Sebenarnya hari jadi Gallas pada 17 Ogos yang lalu.. Adakah ini petanda Gallas semakin gembira, tajam dan kental sejak pemergian Toure?? Okey nanti kita bincangkan..

2 minit sebelum gol kedua dihasilkan.. Wenger membawa keluar Arshavin dan Diaby masuk untuk mengimprovekan fitnessnya.. Hasil gerakan Diaby sebelum dia melorongkan bola kepada Clichy mengundang padah apabila hantaran leret Clichy cuba dikeluarkan kapten pasukan mereka iaitu Caldwell.. Namun malangnya ia bertukar menjadi tragedi apabila bola tersebut menerjah jaring sendiri..

Caldwell perlu belajar dengan Gallas macam mana dia keluarkan bola seperti itu pada sebelum kejadian tersebut.. Tapi bagi Atikah Diaby masih belum boleh dipuji hasil gerakannya itu.. Masih banyak yang perlu dia buktikan sepertimana Denilson buktikan.. Cuma Denilson ini kena improvekan lagi passingnya..

Atikah sedikit kecewa apabila Celtic menggunakan kelebihan badan mereka yang tegap itu untuk membelasah pemain-pemain Arsenal terutama sekali Fabregas.. Setaip kali Atikah tengok Fabregas tergolek mahu saja Atikah menumbuk orang yang menerjahnya..

Tapi nasib baiklah tiada pemain Arsenal yang cedera dengan aksi ganas pemain-pemain Celtic ini.. Jadi Wenger mungkin boleh merehatkan beberapa pemain pada second leg nanti untuk memastikan Arsenal mempunyai kekuatan untuk menumpaskan MU selepas itu.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan