05 August 2009

Fabregas bukan untuk dijual !!

Pengerusi Arsenal iaitu Peter Hill-Wood mengesahkan yang Arsenal sama sekali tidak akan menjual Fabregas pada musim panas ini.. Atikah yang masih berada di North London berjaya menemu bual pengerusi Arsenal ini bersama salah seorang rakan sepasukan Atikah di Arsenal Ladies U-15..

Disebabkan agak lama kami menunggu untuk temu janji kami disahkan.. Atikah cuba mencari Fabregas untuk mendapatkan komennya di samping menanyakan misinya bersama Arsenal untuk musim hadapan.. Selepas melihatnya Atikah terus menyerbunya.. Tetapi komennya akan Atikah tulis dalam artikel selepas ini..

Jadi akhirnya kami dipanggil masuk ke pejabatnya.. Dan kami memulakan menemu ramah Peter Hill-Wood.. Jadi mari ikuti sesi temu ramah kami ini..

Atikah: Hai Peter Hill-Wood.. Kehadiran kami di sini ialah untuk menanyakan beberapa soalan tentang Fabregas yang akan disiarkan kepada blog Arsenal Malaysia.. Iaitu blog tidak rasmi fan Arsenal di Malaysia.. Boleh??

Hill-Wood: Dipersilakan..

Atikah: Adakah kemungkinan untuk Arsenal menjual kapten pasukan kita iaitu Cesc Fabregas kemana-mana pasukan yang akan membuat tawaran untuknya??

Hill-Wood: Sudah semestinya tiada peluang untuk kami untuk menjual Fabregas.. Apa yang media tulis itu hanya direka-reka.. Fabregas gembira di sini..

Atikah: Adakah kemungkinan untuk Arsenal melanjutkan kontraknya yang akan tamat 2014 nanti dan menaikkan gajinya??

Hill-Wood: Buat masa ini belum ada rancangan untuk kami membincangkan kontrak baru untuknya..

Atikah: Sesetengah pengkritik sukan mengatakan skuad Arsenal musim ini tidak cukup kuat untuk bersaing dalam perebutan juara liga selepas kehilangan Toure dan Adebayor.. Apa komen anda..

Hill-Wood: Kami gembira dengan pemain yang kami ada sekarang ini.. Ramai kata skuad kami kecil.. Tetapi kami bermain dengan pemain muda dalam Emirates Cup dan tidak seorang pun dari mereka yang mencari tempat dalam first team..

Atikah: Ada kemungkinan ke Wenger menambah pemain baru musim ini??

Hill-Wood: Wenger ada memberitahu yang dia mahu menambah satu atau dua pemain lagi dan beberapa jumlah wang yang dia mahu gunakan.. Jika Wenger mahu membeli pemain dia boleh.. Asalkan ianya tidak keterlaluan..

Okey itu sajalah temu ramah Atikah bersama pengerusi Arsenal iaitu Peter Hill-Wood.. Atikah rasa semua soalan itu cukup bukan.. Tapi yang paling penting kita tahu Wenger mahu membeli pemain baru.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan