04 August 2009

Everton confirm Senderos talks & Welcome

Okey terima kasih Armyrule di atas artikel yang cukup menarik pasal Jack Wilshere tu.. Okey cerita pasal transfer rumours nie dah banyak Atikah informkan.. Kali ini Atikah nak cerita pasal minat Everton terhadap Senderos..

Spy Atikah telah pun menginformkannya dua hari yang lepas.. Tapi Atikah buat x tahu je.. Tetapi hari ini Atikah dah sampai di London selepas spy Atikah mengatakan Everton telah membuat pengumuman rasmi tentang perbincangan mereka untuk mendapatkan Senderos..

Atikah apa lagi.. Kelam kabutlah nak cari tren untuk ke Merseyside.. Tapi selepas melalui perjalanan berapa jam entah.. Atikah sampai juga di Merseyside.. Atikah terus mencari pejabat kelab Everton untuk berjumpa pengerusi mereka..

Spy Atikah sudah sedia menanti di sana dan sudah mengatur temu janji di antara kami dengan pengerusi Everton.. Jadi Atikah pun bertanya beberapa soalan tentang kemungkinan penghijrahan Senderos ke Goodisan Park nie..

Atikah: Okey Encik Bill Kenwright.. Kami dari reporter Arsenal Malaysia.. Iaitu laman blog tidak rasmi fan Arsenal.. Mahu bertanyakan beberapa soalan tentang kemungkinan Senderos ke Everton.. Boleh??

Chairman: Oh.. Selamat datang.. Jauh tu Malaysia ke sini.. Ya sudah semestinya..

Atikah: Saya mula dengan soalan yang mudah.. Benarkah Senderos akan ke Everton?? Dan sejauh mana peringkat perbincangan ini??

Chairman: Ya.. Ianya benar.. Kami sedang berbincang bersama Arsenal tentang perpindahan Senderos.. Tapi perjanjian masih belum di capai.. Tetapi perbincangan masih berjalan..

Atikah: Jika ianya berlaku.. Sebenarnya berapakah tawaran anda kepada Arsenal untuk Senderos??

Chairman: Arsenal mahukan 6 juta pound.. Dan sudah semestinya kami akan membuat tawaran bernilai 6 juta pound..

Atikah: Okey soalan yang terakhir.. Ianya agak panas sedikit.. Adakah ini bermaksud anda bersedia menjual Lescott ke Man. City??

Chairman: Tawaran Man. City sebelum ini telah ditolak.. Tetapi saya tidak mahu komen itu..

Atikah: Okey terima kasih Encik Bill Kenwright.. Sampai berjumpa lagi..

Chairman: Sama-sama

Okey masih belum habis lagi.. Atikah baru saja mendapat panggilan telefon yang mengatakan penjaga gol bawah 17 Argentina iaitu Damián Martínez yang pernah menjalani ujian bersama Arsenal bulan Mei yang lalu disahkan menjadi pemain terbaru Arsenal..

Perpindahan dilaporkan bernilai 1.3 juta pound di bayar kepada Independiente.. Martinez telah memukau pemerhati Arsenal sepanjang tempoh seminggunya menjalani ujian pemilihan tersebut.. Jadi Welcome Damian Martinez!! Adios!!

P/S: Kalau x silap Atikah Damian Martinez akan beraksi bersama skuad U-16 Arsenal..

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan