22 August 2009

Diaby menyerlah Arsenal menang lagi

Arsenal memberikan amaran yang mereka tidak mahu lagi berada nombor 4.. Mereka mahukan trofi EPL kembali semula ke North London dan buat pertama kalinya di Emirates Stadium.. Dan mahu memastikan pengkirit terus menutup mulut mereka..

Diaby mengegar Emirates Stadium apabila beraksi cemerlang dan meledakan 2 gol dalam tempoh 2 minit untuk memberikan pendahuluan kepada Arsenal.. Sebelum Atikah ceritakan secara terperinci.. Mari kita lihat kesebelasan utama Arsenal pada perlawanan ini..

ALMUNIA
EBOUE-----GALLAS------VERMAELEN------GIBBS
DIABY-----FABREGAS------DENILSON------ARSHAVIN
VAN PERSIE------EDUARDO

SUB
MANNONE
SAGNA
CLICHY
SONG
RAMSEY
MERIDA
BENDTNER

Seperti yang Atikah jangkakan.. Wenger akan merehatkan beberapa pemain untuk persiapan menanti kunjugan Celtic.. Dan Gibbs juga memakai jersi bernombor lain iaitu nombor 28.. Tetapi pada permulaannya Atikah lihat Arshavin lebih kepada sayap kanan dan Diaby ke sayap kiri..

Hantaran Eduardo pada minit ke 17 tepat menuju sasaran apabila Diaby berada di tempat dan masa yang betul dan ditambah pula dengan kelongaran pertahanan Portsmouth mengawalnya memudahkan Diaby untuk merembat kencang melepasi David James..

Nak dijadikan cerita.. Sebelum Diaby menjaringkan gol itu Atikah dah mula memaki Diaby apabila entah mana posisi dia main waktu itu.. Tapi nasib baiklah dia berada di posisi yang betul untuk menjaringkan gol pembukaan tersebut..

Belum pun sempat fan-fan Arsenal meredakan perasaan gembira mereka Diaby sekali lagi meledak selang 2 minit kemudiannya apabila hantaran Eboue pantas dibaca Diaby untuk menjaringkan gol kedua peribadinya dalam pernampilan pertamanya dalam EPL musim ini..

Namun semasa Diaby leka untuk menjaringkan hatriknya Portsmouth membuat kejutan apabila berjaya merapatkan kedudukan hasil tandukan Kaboul.. Atikah memang kecewa kerana bagi Atikah jika Almunia lebih pantas sudah semestinya Kaboul gagal untuk menjaringkan gol atau pun sekurang-kurang foul..

Tamat separuh masa pertama.. Arsenal mendahului 2-1.. Fabregas dibawa keluar sejurus separuh masa kedua dibuka dengan Aaron Ramsey di bawa masuk.. Jiak menurut pengulas Fabregas injured.. Namun selepas Atikah berbincang dengan Colin Lewin dan Wenger mereka menafikannya..

Jadi Atikah rasa Wenger hanya mahu merehatkan nadi utama Arsenal ini.. Beberapa minit Fabregas keluar.. Arsenal mula tampak goyah apabila Portsmouth mula bersemangat untuk menjaringkan gol penyamaan..

Pada minit ke 50 free kick Arshavin tepat mencari Vermaelen apabila tolakan Vermaelen terus ke kaki Gallas sebelum Gallas yang berada di haadapan James menolak masuk bola tersebut.. Cukup menarik sebenarnya di saat Gallas bagaikan sudah offside.. Tetapi bila ulang tayang ianya langsung tidak offside..

Yang paling bestnya Gallas sekarang ini merupakan penjaring terbanyak Arsenal dengan 3 gol dan paling manisnya menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan setakat ini.. Memang Gallas benar-benar mengamuk kali ini..

5 minit selepas itu refree memberikan perasaan kurang enak buat fan Arsenal apabila melengahkan kemasukan Gallas yang keluar padang untuk menerima rawatan.. Ialah kalau gol nanti macam mana.. Bukannya refree tu rugi apa-apa pun..

Akhirnya asyik Portsmouth leka mencari gol.. Satu counter attack pantas dari Arsenal pada minit ke 68 mengundang padah apabila hantaran Van Persie kepada Ramsey yang bijak memperdayakan perangkap offside merembat kencang ke gawang Arsenal untuk gol terakhir Arsenal dan perlawanan..

Kalau ada yang melihat game ini mesti anda ingat satu keputusan kontoversi apabila pembantu pengadil sama sekali tidak mengangkat benderanya apabila Utaka dikasari Gallas.. Tiada ulang tayang yang mampu membantu sama ada benar Gallas yang bersalah mahu pun sebaliknya..

Namun Wenger yang ditanya tentang perkara ini tidak mahu mengulas lanjut sebaliknya berkata mungkin Utaka yang menarik jersi Gallas terlebih dahulu.. Apa-apa pun jika Gallas bersalah kemungkinan besar dia akan dilayangkan kad merah.. Tapi Atikah yakin Gallas tidak bersalah..

Tetapi apa-apa pun pujian harus di berikan kepada Diaby.. Atikah harap dia terus beraksi sebegini untuk mengelakkan dia kembali dibenci fan-fan Arsenal.. Dan Wenger kembali mengaitkan Diaby dengan Vieira selepas aksi cemerlangnya ini..

Masih banyak yang perlu Diaby buktikan yang fan-fan Arsenal.. Tapi sememangnya Atikah tahu yang Diaby mempunyai skill tetapi terlalu sombong dan mensia-siakan skillnya itu.. Apa-apa pun semoga Diaby lebih sucess musim ini.. Fan-fan Arsenal x nak tengok lagi ada pemain Arsenal yang mengecewakan musim ini..

Dan Atikah tengok Gibbs juga makin cemerlang semasa bertahan.. Masih banyak yang perlu Gibbs pelajari.. Tapi Atikah lihat Wenger lebih kepada Gibbs sebagai penganti Clichy berbanding Traore.. Ialah lagenda bek kiri Arsenal iaitu Nigel Winterburn pun dah mula membandingkan Gibbs dengannya..

Okeylah sampai sini sajalah artikel Atikah kali ini.. Sampai kita berjumpa lagi dalam artikel yang lain.. Selamat berpuasa!! Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan