Chamakh & Van Der Vaart

Ramai fan-fan Arsenal sekarang ini keseronokkan kerana MU tewas dengan pendatang baru liga Burnley 1-0.. Jangan gembira sangat mungkin nanti kita pula kalah dengan Burnley.. Bukannya mustahil mereka sudah melakukannya dalam Piala Carling musim lepas..

Okey dalam artikel ini Atikah nak ceritakan sikit pasal situasi terkini Chamakh dan juga tentang perpindahan Van Der Vaart.. Jangan menaruh harapan sangat tentang perpindahan kedua-dua pemain ini disebabkan spy Atikah melaporkan tiada langsung tanda-tanda mereka berdua akan ke Emirates Stadium..

Chamakh sekarang ini dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham.. Tetapi Chamakh jelas tidak berminat untuk menyertai West Ham dan mengatakan yang dia lebih berminat untuk mengetahui tentang Arsenal..

Tetapi memang tiada kemungkinan untuk Chamakh ke North London memandangkan Wenger tidak sudi untuk menawarkan 18 juta pound untuk Chamakh yang kontraknya hanya berbaki kurang dari setahun..

Okey pasal Van Der Vaart pula Atikah x sangka pulak ramai yang berharap dia akan ke Arsenal.. Bukannya Atikah x sukakan Van Der Vaart.. Dan Atikah juga teringin nak tengok Arsenal bantu Van Der Vaart yang perlukan duit untuk rawatan isterinya..

Tetapi sepanjang penyiasatan spy Atikah.. Tiada pula timbul cerita pasal Van Der Vaart akan ke Arsenal.. Tetapi mungkin ianya akan terjadi.. Tetapi bila Atikah x tahulah sebab Wenger jelas x berminat untuk mendapatkan Van Der Vaart..

Memang agak berbaloi sebab Van Der Vaart boleh tinggalkan Real Madrid secara percuma disebabkan Real Madrid tidak lagi mempunyai hak ke atas Van Der Vaart kerana mereka tidak menghormati kontrak yang mereka tawarkan..

Tetapi itu cakap peguamnya.. X tahulah sama ada boleh dipakai atau pun tidak.. Tetapi buat masa sekarang ini spy Atikah masih belum mendengar atau ternampak wakil Arsenal ke Madrid untuk membuat tawaran tentang Van Der Vaart..

Sebarang berita terkini tentang perpindahan akan Atikah laporkan sebaik sahaja spy Atikah berikan berita terkini.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil