09 August 2009

Chamakh pushes for Arsenal move

Chamakh menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan pembukaan Ligue 1 semasa menang 4-1 ke atas Lens.. Namun sebelum perlawanan tersebut.. Chamakh meluahkan perasaannya kepada spy Atikah..

"Keutamaan saya ialah Arsenal.. Tapi ada kelab lain.. Jika ianya Arsenal.. Ianya lebih bagus.. Saya harap ianya akan tamat secepat yang mungkin.. Saya tidak boleh tidur seperti kebiasaannya"..

Dan Chamakh juga mengakui dia sudah pun memberitahu Bordeaux akan keinginannya itu.. Pertama semasa berakhirnya musim lepas dan yang kedua baru-baru ini.. Dan Chamakh amat berharap Bordeaux menghormati keputusannya itu..

"Saya memberitahu pengurusan tentang hajat saya dari akhir musim lepas.. Saya berharap dapat menyertai liga lain.. Walaupun Bordeaux tidak mempedulikannya.. Situasi saya perlu dijelaskan.. Saya ingatkan mereka (Bordeaux) akan membuatkan segala-galanya mudah buat saya.."

Wenger sudah pun membuat keputusan 7.5 juta pound merupakan tawaran terakhirnya.. Tetapi keegoan Bordeaux mahu meminta 15 juta pound kepada pemain yang hanya berbaki setahun lagi dalam kontraknya..

Ianya satu tindakan bodoh jika Chamakh tidak mahu melanjutkan kontraknya dan mereka meletakkan harga yang tinggi terhadap Chamakh.. Mereka berkemungkinan akan kehilangan Chamakh secara percuma tamat musim hadapan.. Ianya cukup merugikan betul??

Atikah harap sangat Bordeaux menuruti permintaan Chamakh itu.. Setiap pemain ada haknya bukan.. Ianya cukup bagus sebab Chamakh tetap komited dengan mereka walaupun hajatnya tidak kesampaian.. Adios!!

P/S: Jangan sampai nanti Bordeaux menyesal x sudah seperti mana terjadi kepada Arsenal dalam kes Adebayor.. Daripada boleh dapat 30 juta terpaksa terima 25 juta saja.. Kalau Bordeaux lagi rugu dari 7.5 juta jadi percuma..

2 comments:

  1. bgs laa klo msk arsenal..
    t dh msk jgn wt arsenal ni btu lnctan je dh..
    jgn jd cm adebayor 2...

    ReplyDelete
  2. uh semangat t0l dia nak g emirates kan..
    solute la ko chamakh !

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan