03 August 2009

Chamakh, Kalou & Vieira

Atikah dah pening kepala dah nie.. Spy Atikah berkata kemungkinan 3 lagi perpindahan akan berlaku.. Fan Arsenal mungkin akan mengucapkan selamat datang kepada Marouane Chamakh, Patrick Vieira (welcome back sebenarnya) dan Salomon Kalou..

Dengan Atikah dah beritahu semalam yang spy Atikah menghidu kedatangan Chamakh ke London dan telah menarik diri dari perlawanan persahabatan dengan alasan tidak sihat namun masih mampu fly ke London..

Sudah semestinya ianya menjadi tanda tanya kepada fan-fan Arsenal memandangkan Wenger ada mengatakan kemungkinan Chamakh menjadi pilihannya jika dia mahu membeli penyerang.. Jadi nampaknya kemungkinan juga Chamakh, ejennya dan Arsenal sekarang ini sedang berbincang secara senyap..

Itulah yang selalunya berlaku bukan?? Jadi kita x boleh nak menafikannya.. Jadi kemungkinan perpindahan sebanyak 6 juta pound ini akan berlaku.. Atikah akan berikan update terkini sebaik sahaja spy Atikah menelefon..

Cerita pasal Kalou ini bukannya baru lagi.. Pada bulan Februari yang lalu Kalou telah mendedahkan kesediaannya untuk menyertai Arsenal.. Jadi apabila spy Atikah berkata yang Kalou mungkin di antara pemain baru Arsenal ianya tidak memeranjatkan Atikah..

Menurut spy Atikah.. Wenger telah mengemukakan tawaran bernilai 6 juta pound kepada Chelsea dan Kalou akan memperoleh gaji sebanyak 60 ribu pound seminggu lebih 2 kali ganda dari gaji terkininya dengan kontrak selama 5 tahun..

Namun Chelsea berkeras mahu 8 juta pound.. Dengan Andrea Pirlo akan ke Chelsea nanti.. Sudah semestinya tempat Kalou semakin terancam.. Dan Atikah juga tidak kisah untuk melihat Kalou bermain dengan Arsenal.. Kerana Kalou tidak kurang hebatnya..

Dengan berita perpindahan kembali Vieira semakin hangat diperkatakan.. Dengan Wenger juga tidak menafikannya.. Sudah semestinya Vieira di antara signing terbaru Arsenal.. Tapi bila Atikah fikirkan kembali.. Skuad Arsenal sudah cukup sebenarnya..

Atikah x nak lihat lagi pemain lebihan Arsenal.. Cuba kita fikirkan.. Kita lepaskan Adebayor tetapi kita dapat Eduardo kembali.. Kita jual Toure kita beli Vermaelen.. Semuanya sudah cukup sebenarnya..

Cuma kita perlukan lebih pengalaman dan ketua dalam skuad sedia ada Arsenal sekarang ini.. Bagi Atikah dapat kembali Vieira sudah mencukupi sebenarnya.. Dan Kalou dan Chamakh pula sebagai back up skuad sedia ada Arsenal sekarang ini..

Tapi kita akan menunggu dengan penuh sabar siapakah signing terbaru Arsenal musim ini.. Jadi bersabarlah.. Dan Senderos juga dikatakan semakin hampir berhijrah ke Everton dengan nilai 6 juta pound.. Jadi kita perlukan penganti Senderos.. Tidak mencari pengantinya.. Pertahanan kita tiada back up!! Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan