27 August 2009

Berita dari North London

Fabregas memberikan berita gembira apabila Wenger mengakui yang Fabregas akan beraksi pada perlawanan menentang MU pada pagi Ahad nanti.. Namun buat masa ini masih 50-50.. Tapi sememangnya Fabregas akan main lawan MU nanti..

Rosicky yang berjaya di lihat semasa latihan sebelum menentang Celtic hari rabu yang lalu pula disahkan Wenger yang Rosicky kini sedang menjalani latihan penuh tetapi Rosicky tidak akan beraksi menentang MU nanti disebabkan Wenger tidak mahu mengambil risiko..

Sementara itu tahap kecederaan Ramsey masih belum di pastikan.. Tetapi apa yang pasti kecederaan serius yang di fikirkan negative.. Jadi kemungkinan besar Ramsey tidak akan berehat panjang..

Ini pula luahan hati Eboue.. "Jika Arsenal mahu saya lanjutkan kontrak saya (kontrak Eboue tinggal 2 tahun lagi).. Saya akan lakukannya kerana saya sayangkan kelab ini.. Saya sudah lupakan musim lepas.. Dan saya fikirkan musim ini dan mahu berikan yang terbaik.."

"Saya tidak terfikir untuk pergi semasa fan boo saya.. Saya tidak kata saya mahu berpindah.. Saya masih ada 2 tahun lagi bersama Arsenal.. Dan saya amat-amat gembira di sini.. Saya mahu buktikan lebih banyak lagi untuk kelab dan saya mahu menang bersama pasukan ini"..

"Sesuatu terjadi dengan peminat.. Tapi saya sudah lupakannya.. Mereka menyanyikan nama saya semasa saya bermain.. Dan ianya membuatkan saya gembira.. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada peminat kerana menyokong kami"..

"Saya tidak kata saya mahu pergi.. Saya tidak kata mahu tinggalkan kawan-kawan saya.. Kerana saya ada keluarga yang besar di sini.. Saya tidak kata kepada wartawan yang saya mahu pergi dari sini kerana saya sangat-sangat gembira di sini.."

"Boss memberikan saya keyakinan.. Dan kawan-kawan saya banyak menolong saya dan ianya membuatkan saya amat-amat gembira untuk bermain.." Inilah yang Atikah nak tengok di setiap pemain Arsenal..

Kami boo anda bukannya kami benci.. Tapi kami mahu kamu lakukan yang terbaik bukan untuk peminat saja tetapi untuk pasukan, rakan sepasukan kamu dan diri sendiri.. Bila anda memukau kami berhenti memboo..

Bukannya seperti Adebayor.. Saja buat alasan.. Cuba contohi sikit si Eboue tu.. Lepas kena boo peminat semua sayangkan dia.. Lebih lagi sebelum diboo.. Atikah memang tabik si Eboue ini sebab bangkit dan masih kekal di Arsenal selepas peristiwa itu.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan