25 August 2009

Berita Baik

Nampaknya fan-fan Arsenal boleh menarik nafas lega apabila Fabregas berkemungkinan besar akan beraksi menentang MU penghujung minggu ini.. Namun walau bagaimanapun Fabregas tidak akan beraksi pagi khamis nanti semasa menanti kunjugan Celtic..

Fabregas mengalami kecederaan hamstring.. Tetapi nasib baiklah tidak seteruk mana.. Dan Wenger sendiri mengesahkan yang Fabregas berpeluang beraksi menentang MU nanti.. Atikah rasa memang patut pun Fabregas direhatkan semasa menentang Celtic ini memandangkan layanan 'di raja' yang diberikan pemain-pemain Celtic tempoh hari..

Daripada Fabregas terpaksa berehat berbulan-bulan baik terlepas aksi menentang Celtic saja.. Kepada fan-fan Celtic pula jangan gembira sangat dengan berita ini.. Arsenal masih ada ramai pemain tengah berbakat.. Seperti Ramsey dan Merida..

Tetapi kemungkinan besar Diaby yang akan mengantikan tempat Fabregas.. Tapi apa yang pasti sekarang ini fan Arsenal tidaklah risau sangat tentang sumbangannya selepas aksi memikat perhatiannya semasa menentang Portsmouth hujung minggu lepas.. Harap-harap ianya berterusan..

Aaron Ramsey juga mempunyai peluang yang cukup cerah untuk mengisi kekosongan Fabregas.. Ramsey telah beraksi sebanyak 4 kali dalam kejohanan Eropah dan 2 kali sebagai pemain gantian.. Ini menyaksikan Ramsey telah beraksi di Champions League sebanyak 6 kali.. Dan menjaringkan 1 gol dalam kemunculannya dalam Champions League..

Fran Merida pula.. Entahlah.. Tapi mungkin agak tipis memandangkan Ramsey dan Diaby lebih banyak menguti pengalaman di Champions League.. Tapi Wenger nie kan suka buat kejutan.. Atikah rasa mungkin Merida akan beraksi sebagai pemain gantian saja..

Atikah teringin jugak nak tengok Wilshere main dalam Champions League pagi Khamis ini.. Tetapi Wilshere masih muda dan sudah semestinya Wenger tidak mahu Wilshere di bebankan dengan tanggungjawab yang besar.. 2 pernampilan sebagai pemain gantian musim lepas dalam Champions League musim lepas masih belum cukup untuk Wilshere menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan Fabregas..

Tapi apa yang pasti Aaron Ramsey dengan Abou Diaby akan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama untuk mengisi kekosongan yang di tinggalkan Fabregas.. Tapi sudah semestinya Diaby menjadi pilihan.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan