07 August 2009

Baiknya Arsenal !!

Mungkin ada yang tahu mungkin ada yang x tahu.. Arsenal telah menubuhkan satu kebajikan untuk membantu membina sebuah tempat untuk penghidap kanser di London iaitu Great Ormond Street Hospital.. Setakat ini Arsenal telah pun memperolehi 500 ribu pound..

Pemain-pemain Arsenal bersama-sama Wenger dan pelakon British iaitu Barbara Windsor menjelajah hospital tersebut.. Dan Atikah sempat juga berjumpa dengan seorang budak berusia 12 tahun yang menghidap leukaemia.. Inilah reaksi Jake Peach..

"Saya terkejut apabila Arsenal memilih untuk membantu Great Ormond Street.. Saya x pernah terfikir berjuta-juta tahun yang Arsenal akan memilih kami.. Ianya merupakan hari yang cukup hebat untuk berjumpa dengan pasukan terhebat di dunia di hospital terbaik dunia.. Kanak-kanak di Great Ormond Street akan cukup menghargai bantuan Arsenal.. Dan juga peminat Chelsea.."

Atikah sempat juga menemu ramah Fabregas yang merendah diri apabila berjumpa Jake dan kanak-kanak lain.. "Jack is amazing.. Dia ada kekuatan mental.. Dan saya yakin kanak-kanak sepertinya begitu juga.. Jake perlu belajar segala-galanya kembali.. Ianya cukup sedih apabila mendengar apa yang berlaku kepadanya.. Tapi dia tunjukkan kepada kita jika kita mahukan sesuatu anda boleh lakukannya..

Untuk pemain bola sepak.. Jika anda tidak bermain anda mungkin tidak mahu berlatih bersungguh-sungguh.. Tetapi sebenarnya anda perlu berkerja dengan lebih kuat untuk tunjukkan kepada boss apa yang anda boleh lakukan.. Kami semua boleh belajar sesuatu dari kanak-kanak seperti Jake.."

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan