Bad News!!

Akhirnya Colin Lewin dan Wenger membuka mulut apabila mendedahkan kepada Atikah yang sebenarnya memang Fabregas mengalami kecederaan.. Berapa seriusnya kecederaan Fabregas masih belum di ketahui..

Tetapi Wenger mengatakan yang keputusan tentang kecederaan Fabregas itu akan diketahui dalam tempoh 48 jam.. Tetapi Wenger mengagak yang mungkin Fabregas akan rehat 3 minggu kalau serius.. Tetapi kalau hamstring mungkin Fabregas akan beraksi menentang Celtic..

Sememangnya pada mulanya Wenger cuba tidak mahu mengatakan apa-apa kepada spy Atikah.. Disebabkan Atikah rasa ada yang tidak kena Atikah pantas bertemu Colin Lewin dan Wenger..

Akhirnya Wenger mangakuinya juga dengan Atikah dan seorang wartawan dari Sky Sport.. Tetapi Atikah amat mengharapkan yang Fabregas hanya mengalami hamstring yang biasa saja supaya Arsenal tidak tempang semasa menentang Celtic dan MU nanti..

Kenapalah setiap kali Arsenal mula dengan cemerlang.. Pasti ada saja pemain utama dan penting Arsenal yang mengalami kecederaan.. Kalau setakat seminggu tu x apalah jugak.. Tetapi sampai 2-3 bulan..

Atikah x tahulah apa jenis sumpahan nie.. Kalau nak injured seorang jadilah.. Lepas Rosicky sembuh Fabregas injured pulak.. Tunggu giliran.. Tapi ianya x akan terjadi.. Memang cukup malang..

Dan Arshavin juga mula berkata supaya Wenger patut membeli beberapa pemain lagi untuk memperbesarkan pasukan kerana skuad sedia ada sekarang ini perlukan back up yang secukupnya..

Tapi jika benarlah Fabregas hanya mengalami kecederaan ringan.. Masih ada satu persoalan.. Wenger sendiri mengakui yang keputusan akan hadir lebih kurang 48 jam lagi.. Sementara kita hanya ada lebih kurang 65 jam saja lagi.. Tapi kalau kira siang saja mungkin hanya lebih kurang 56 jam??

Jadi adakah Wenger akan mengambil risiko jika Fabregas x fit sepenuhnya untuk beraksi menentang Celtic.. Sudah semestinya Wenger memikirkan perlawanan MU juga.. Jadi Atikan amat berharap Fabregas mampu beraksi dalam kedua-dua perlawanan tersebut..

Setidak-tidaknya dalam 45 minit permainan semasa menentang Celtic dan hampi keseluruhan permainan semasa menentang MU.. Apa-apa pun buat masa sekarang ini Atikah amat-amat berharap yang Fabregas tidak mengalami kecederaan serius..

GET WELL SOON FABREGAS !!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil