Arshavin injury, Eduardo case & Transfer

Arshavin yang bersiap-sedia untuk mewakili Rusia akan kembali ke North London selepas mengalami kecederaan hamstring.. Spy Atikah mengesahkan yang Arshavin mengalami kecederaan dan mungkin terlepas aksi menentang Manchester City hujung minggu ini..

Arsenal meneruskan misi mempertahankan tindakan Eduardo apabila spy Atikah mengesahkan yang Arsenal telah mengemukakan 19 muka surat tentang beberapa kejadian dan beberapa usul-usul bernas untuk mengelakkan Eduardo di gantung 2 perlawanan..

EPL telah mengesahkan yang tarikh tutup musim perpindahan ini akan berakhir pada pukul 12 tengah malam ini waktu Malaysia.. Ada beberapa nama yang berjaya dihidu spy Atikah yang dikatakan akan menyertai Arsenal pada minit-minit terakhir perpindahan..

Marouane Chamakh, Patrick Vieira dan Blaise Matuidi.. Jadi Atikah telah pun mangarahkan spy-spy Atikah berjaga-jaga untuk memberikan berita terkini tentang perpindahan pemain ke Arsenal yang akan terjadi pada minit-minit terakhir tirai perpindahan ditutup..

Atikah akan beritahu anda jika ada perpindahan ke Emirates Stadium pada esok harinya memandangkan Atikah sedikit sibuk malam ini.. Maklumlah start sekolah.. Jadi teruskan bersama Arsenal Malaysia.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil