Arsenal tertewas !!

Atikah x tengok pun perlawanan ini tetapi spy Atikah pergi menontonnya.. Nampaknya siapa yang bersengkang mta pagi tadi berakhir dengan kekecewaan apabila Arsenal tewas 2-0 ke atas Valencia hasil jaringan Michel dan penyerang sensasi mereka David Villa.. Inilah barisan kesebelasan utama Arsenal..

ALMUNIA
EBOUE-----GALLAS------DJOUROU------CLICHY
FABREGAS------DIABY------SONG
BENDTNER------VAN PERSIE------ARSHAVIN

Arsenal sebenarnya menggunakan formasi 4-3-3.. Tetapi mengapa masih belum mampu untuk menembusi gawang Valencia?? Memang menghairankan Atikah.. Nampaknya Wenger perlu membeli beberapa pemain untuk mengukuhkan lagi skuad Arsenal..

Pada mulanya Arsenal menerima tamparan hebat sebelum mulanya perlawanan apabila Thomas Vermaelen disahkan masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan hamstring..

Tamat separuh masa pertama kedua-dua pasukan masih terikat o-o.. Arsenal mengeluarkan 7 pemain pada permulaan babak pertama dengan membawa masuk Silvestre, Fabianski, Sagna, Traore, Wilshere, Eduardo dan Walcott.. Dan membawa keluar Almunia, Gallas, Clichy, Diaby, Arshavin, Bendtner dan Van Persie..

Selepas itu Song dan Fabregas di bawa keluar dengan Gibbs dan Merida di bawa masuk.. Satu kejayaan buat Fabianski apabila beraksi cemerlang disebalik dibolosi 2 gol apabila pada mulanya Fabianski berjaya menyelamatkan penalti dari David Villa..

Michel dan Villa masing-masing menjadi hero Valencia apabila meledakkan 2 gol dalam tempoh 15 minit untuk menundukkan Arsenal 2-0.. Tapi menurut Atikah dengan kesebelasan utama Arsenal hari ini.. Atikah rasa Wenger hanya mahu kesemua pemain cergas sebelum menentang Everton nanti..

Jadi kekalahan ini tidak perlulah dikecewakan dan Atikah harap Wenger membeli beberapa pemain baru untuk mengukuhkan skuad Arsenal.. Dan mempertajamkan lagi bahagian serangan Arsenal.. Apa-apa pun Atikah harap kekalahan hari ini tidak diulangi lagi..

Sebelum Atikah terlupa.. Atikah nak mengucapkan selamat hari jadi Silvestre pada hari ini iaitu 9 Ogos yang ke 32 tahun.. Atikah harap Silvestre akan beraksi lebih cemerlang musim ini dari musim lepas.. Adios!!

Comments

  1. padan muka wenger..
    biar dia tau yg arsenal perlukan sorg dua lg pemain bru yg b'kualiti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil