Arsenal mara Ramsey Injured

Arsenal mara bergaya ke peringkat kumpulan Champions League apabila membelasah Celtic 5-1 secara agregatnya.. Arsenal menang perlawanan pagi tadi dengan keputusan 3-1 dan satu insiden kontroversi..

Sebelum mengulas panjang.. Atikah nak minta maaf sebab lambat buat post match sebab ada urusan yang x dapat nak dielakkan telah memaksa Atikah menanguhkan post match ini.. Okey mari kita ikuti barisan kesebelasan utama Arsenal pagi tadi..

ALMUNIA
SAGNA------GALLAS------VERMAELEN-----CLICHY
EBOUE------DENILSON-------SONG-------DIABY-------BENDTNER
EDUARDO

MANNONE
ARSHAVIN
WILSHERE
RAMSEY
VAN PERSIE
SILVESTRE
TRAORE

Kalau x silap Atikah Wenger mengunakan formasi 4-5-1 dan Almunia jadi captain.. Namun semasa perlawanan.. Berbagai-bagai posisi muncul.. Tapi x kisahlah janji Arsenal menang dan memeningkan kepala pemain Celtic..

Satu keputusan kontroversi dari pengadil apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal selepas Eduardo di jatuhkan di dalam kotak penalti.. Pada mulanya ia memang penalti.. Tetapi selepas di ulang tayang beberapa kali tiada langsung sentuhan..

Maknanya Eduardo menipu.. Memang mengecewakan Atikah.. Namun Wenger yang di temu ramah Atikah mempertahankan keputusan Eduardo.. Namun apa yang pasti hanya Eduardo tahu mengapa dia merebahkan badannya.. Kita bincangkan tentang ini pada artikel seterusnya..

Eduardo mudah memperdayakan Boruc untuk gol pertama perlawanan dan secara agregatnya Arsenal mendahului 3-0.. Tapi apa yang pasti jika benarlah Eduardo sengaja merebahkan badanya Atikah memang x menyukainya.. Tamat separuh masa pertama Arsenal mendahului 1-0 dan secara agregatnya 3-0..

Pada minit ke 53.. Eboue menambahkan lagi derita Celtic apabila menjaringkan gol kedua perlawanan selepas backhill menarik dari Bendtner kepada Diaby sebelum melorongkan bola kepada Eboue jelas telah mengkucar-kacirkan pertahanan Celtic..

Dan Eboue jelas memperdayakan beberapa pemain pertahanan Celtic sebelum melepaskan rembatan kencang ke gawang Celtic yang gagal diselamatkan Boruc.. Namun gol tersebut masih belum berjaya menutup mulut fan Celtic..

Akhirnya Edyardo yang mensia-siakan 2 peluang keemasan untuk Arsenal di bawa keluar bersama-sama Eboue dan Diaby sebelum itu untuk membawa masuk Arshavin, Wilshere dan Ramsey..

Hanya 3 minit yang diperlukan Arshavin untuk menjaringkan gol pertamanya di Champions League bersama Arsenal dan gol pertamanya musim ini selepas gerakan Denilson sebelum dia tergelincir berjaya disamabr Arshavin sebelum melorongkan bola kepada Ramsey dan Ramsey kemabli mengembalikan bola kepada Arshavin dan Arshavin mudah merembat kencang melepasi Boruc..

Namun 5 minit terakhir perlawanan Arsenal terpaksa bermain 10 orang selepas Ramsey mengalami kecederaan dan nampaknya agak serius walaupun Ramsey berjaya mencipta peluang kepada Arshavin walaupun mengalami kesakitan..

Dan peluang itu digunakan sepenuhnya Celtic apabila menjaringkan gol sagu hati.. Namun semuanya sudah terlambat untuk menghalang kemenangan Arsenal.. Dan berita tentang kecederaan Ramsey masih belum diketahui..

Namun menurut pandangan Atikah mungkin Ramsey akan terlepas beberapa minggu akibat kecederaan ini.. Sebarang berita terkini kecederaan Ramsey akan Atikah updatekan nanti.. Adios!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil