15 August 2009

Arsenal bedil Everton !!

Arsenal menutup mulut pengkritik apabila mudah membelasah Everton 6-1.. Agak mengejutkan apabila hampir keseluruhan pemainan Arsenal beraksi cemerlang dan jelas pengorbanan fan-fan Arsenal bersengkang mata tidak sia-sia.. Inilah barisan kesebelasan utama Arsenal menentang Everton pagi tadi..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS------SONG------DENILSON
BENDTNER------VAN PERSIE------ARSHAVIN

SUB
MANNONE
EDUARDO
RAMSEY
MERIDA
SILVESTRE
GIBBS
EBOUE

Formasi 4-3-3 (Wing) Arsenal jelas menjadi apabila Everton tertekan untuk mengawal pergerakan pemain-pemain Arsenal.. Fan-fan Arsenal akhirnya menyorak kegembiraan selepas rembatan jarak jauh pada minit ke 26 pemain low profile Arsenal iaitu Denilson tepat menuju jaring selepas menerima hantaran Fabregas..

Memang mengejutkan Atikah apabila bola tersebut menerjah jaring.. Siapa yang sangka Denilson merupakan salah seorang pemain yang paling menyerlah pagi tadi.. Mungkin inilah kelebihan Denilson apabila sikap low profilenya mengundang padah kepada Everton apabila mempunyai ruang yang cukup untuk melepaskan rembatan padu..

Kecermelangan Denilson berterusan apabila berjaya menyelamatkan percubaan dari Fellaini untuk gol penyamaan Everton di atas garisan gol.. Akhirnya usaha keras Vermaelen untuk menjaringkan gol dalam debutnya berhasil selepas free kick Van Persie tepat mencari kepala Vermaelen pada minit ke 37..

Vermaelen memulakan debutnya dengan cukup cemerlang apabila merantai ketat pergerakan pemain Everton iaitu Jo.. Dan beberapa kali juga berjaya challenge bola di udara walaupun pemain-pemain Everton jelas mempunyai kelebihan..

Gallas menambahkan penderitaan Everton apabila menanduk masuk hantaran free kick Fabregas pada minit ke 41.. Sebenarnya agak mudah buat Gallas apabila pemain pertahanan Everton menyangka Gallas sudah pun offside padahal Bendtner yang berada di posisi tersebut..

Fabregas meneruskan kecermelangannya pada perlawanan ini dengan menjaringkan gol pada minit ke 47 selepas menerima lorongan Van Persie.. Nampaknya benar tanggapan Atikah yang Fabregas akan meyinar musim ini..

Kita sememangnya perlu memberikan masa untuk Fabregas menyesuaikan diri dengan jawatan barunya itu.. Bendtner akhirnya di bawa keluar pada minit ke 63 dan digantikan oleh Eboue.. Arsenal membuat satu conter attack selepas balingan Almunia terus kepada Fabregas..

Fabregas bergerak solo untuk mecari gol kedua peribadinya.. Walaupun agak tamak.. Tetapi Fabregas pantas merembat gol dari luar kotak penalti menewaskan Howard untuk gol ke lima Arsenal.. Fabregas meraikan gol tersebut dengan menunjukkan baju tertulis nama Dani Jarque yang meninggal minggu lepas..

Seminit selepas gol Fabregas itu.. Pada minit ke 72 Wenger mengeluarkan Fabregas dan Van Persie dan membawa masuk Ramsey dan Eduardo.. Eduardo yang mengepalai Arsenal selepas Fabregas ke bangku simpanan..

Seminit sebelum tamat permainan.. Percubaan Arshavin dari dalam kotak penalti terkena palang.. Namun Eduardo yang berada di tempat dan masa yang betul mudah untuk menolak masuk bola tersebut..

Namun akhirnya Saha berjaya menjaringkan gol saguhati kepada Everton.. Perlawanan ini sudah semstinya milik Fabregas yang dinobatkan sebagai man of the match.. Tetapi pemain-pemain lain juga perlu diberi pujian apabila beraksi cemerlang khususnya Denison yang semakin improve.. Tetapi passingnya perlu diimprovekan.. Adios!!

7 comments:

  1. hahhaaaa...
    macth pg td mmg bez gler r...
    sron0k gler tgk fabregas men...
    sme men bgs..kl0 trs men cmni bleh mng piala nih...hhuhuhu

    ReplyDelete
  2. sib bek tak injured player..everton men ganas..

    ReplyDelete
  3. welldone! welldone! pembuka tirai musim yg cukup mengagumkan, x sia2 aku bercengkang mata..berada di puncak liga utk minggu ini dan diharapkan kekal ke akhir hayat..kita tgk liverpool ngan man u plk mlm ni..haha.. GO GUNNERS!!!

    ReplyDelete
  4. atikah, rase2nye kan, palang yg kat atas,
    percubaan arshavin kne tiang,, huhu,, =)

    ReplyDelete
  5. fobulose....aku tak dapat tengok game tersebut coz sedang berkursus dalam hutan...tension dan rugi sgt..xde astro plak tu...pas abis kursus kuar dr hutan tros cari kedai jual paper..terkezut aku tengok result macam xpecaya je...adakah kemenangan besar ini petanda Arsenal bakal menjadi juara EPL??mudah2 aku harap permulaan baik ini tidak sama dengan tahun2 sebelumnya....tq atikah beri penerangan gol2 yg dapat aku mengambarkannya....

    ReplyDelete
  6. gud stat from younggun..hope pasni keep winning...da dkt jumpak MU...so siapkan peluru banyak....hehehe

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan