Almunia: My Cesc fear

Almunia mengakui kepada Atikah yang dia takut Fabregas akan berhijrah musim hadapan jika Arsenal masih belum berjaya memenangi sebarang trofi musim ini.. Ikutilah temu bual Atikah bersama Almunia ini..

Atikah: Anda rasa kenapa Toure meyertai City??

Almunia: Saya terkejut dengan Toure.. Dia merupakan sebahagian besar dari Arsenal dan merupakan pemain yang cemerlang yang kami ada sejak beberapa tahun lepas.. Dia gembira di sini dan apabila saya melihatnya menyarung jersi City ianya cukup pelik..

Toure beraksi hampir setiap minit bersama Arsenal.. Saya harap dia berjaya di kelab barunya nanti.. Ianya cukup sukar untuk melihatnya bersama City kerana apabila anda bermain dengan seseorang pemain bertahun-tahun lamanya anda kenal dia dengan cukup baik dan mempunyai hubungan yang bagus...

Tetapi sekarang ini kami perlu berkerja sama dengan pemain baru iaitu Thomas Vermaelen.. Dalam bola sepak orang datang dan pergi.. Inilah kehidupan.. Toure mempunyai musim cemerlang bersama Arsenal.. Memenangi liga bersama pasukan terbaik kami iaitu 'The Invincibles'..

Tetapi jika kamu berada terlalu lama di sesuatu tempat.. Anda mahukan perubahan.. Mengubah kehidupan anda, bandar yang anda diami dan rakan sepasukan yang anda lihat setiap hari.. Mungkin dia sedikit bosan dan penat bersama orang yang sama setiap hari dan atmosferanya..

Dia mahukan perubahan.. Dan jika anda lihatnya musim lepas dia betul-betul tidak gembira berada di sini dalam musim terakhirnya bersama Arsenal..

Atikah: Adakah perkara ini akan terjadi kepada Fabregas juga??

Almunia: Dengan Cesc ianya mungkin akan berlaku perkara yang sama juga.. Tetapi masih ada benda yang perlu dia tunjukkan sebagai pemain Arsenal.. Toure telah berikan segala-galanya.. Memenangi trofi dan memberikan 100%..

Musim ini kita lihat apa yang Cesc akan lakukan yang terbaik untuk membantu kami memenangi trofi.. Jadi dia akan gembira di sini dan lakukan apa yang dia mahu lakukan..

Atikah: Apa pandangan Almunia tentang pasukan Arsenal sekarang ini?? Dan target untuk musim depan..

Almunia: Orang mesti lebih kuat dengan usia mereka semakin matang dan mempunyai pengalaman yang cukup.. Bola sepak ialah sukan yang pelik.. Anda x akan tahu apa yang akan berlaku.. Anda x tahu sama ada anda akan mengalami kecederaan atau orang lain akan fit..

Kita tengok bagaimana permulaan musim ini kemudian baru kita tentukan target kita.. Saya faham peminat sudah tidak sabar lagi untuk memenangi sesuatu.. Saya tahu Arsenal menang banyak trofi sebelum ini.. Cara boss berkerja dia berhak mendapat balasannya.. Ianya bukan mudah untuk memberikan peluang kepada pemain muda di dalam kelab yang besar ini..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil