Wenger jangan jual Toure!!

Atikah amat-amat berharap Wenger x akan menjual Toure walaupun Man. City menawarkan wang yang cukup lumayan.. Kerana agak sukar untuk kita kehilangan pemain pertahanan kental kita di waktu ini dengan misi musim hadapan menamatkan kemarau 4 musim berturut-turut tanpa trofi..

Man. City sendiri telah mengakui mereka akan melancarkan serangan kepada Toure, Terry dan Lescott untuk membawa mereka ke Eastland.. Jadi Atikah berharap Arsenal akan membuat kubu yang kukuh untuk memastikan Man. City gagal untuk mendapatkan Toure..

Dan Atikah berharap Toure juga tidak teringin nak ke Man. City.. Lebih-lebih lagi meninggalkan kelab kesayangannya iaitu Arsenal hanya kerana wang.. Baik kau fikir betul-betul.. Man. City dengan Kaizer Chief pun kalah..

Walaupun Barry dan Adebayor main.. Jadi jika Toure tetap dengan keputusan untuk ke Eastland.. Atikah ucapkan selamat merana kerana sejujurnya Atikah merasakan Man. City bukanlah pasukan yang hebat untuk mencabar Arsenal musim hadapan..

Atikah minta maaflah dengan fan Man.City.. Bukannya Atikah rasa Man.City tu teruk.. Tetapi setakat menghabiskan duit untuk membeli pemain bintang.. Dan pemain pula hanya datang ke Eastland kerana duit..

Atikah x rasa Man.City akan menjadi pasukan terhebat di dunia dalam masa yang singkat.. Lagi pun duit bukanlah jaminan kepada kejayaan.. Kalau duit boleh membeli segala-galanya.. Atikah x payah nak bersusah payah belajar jika duit boleh membuatkan Atikah pandai.. Betul x??

Sebagai contohnya Arsenal dan Everton.. Kedua-dua pasukan ini tidak perlukan 100 billion Euro untuk memastikan kelompok teratas liga dan melangkah ke final setiap pertandingan menjadi milik mereka..

Jadi sebab itulah Atikah katakan yang duit tidak boleh membeli segala-galanya.. Jadi anda fikirkanlah sendiri.. Begitu juga dengan semua pemain Arsenal.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil