Temu bual bersama Almunia

Kali ini Atikah email ke Almunia pula.. Walaupun Atikah boleh berjumpa dengannya.. Namun kerana kesibukan Atikah.. Atikah memutuskan untuk email Almunia sahaja.. Mari kita dengar apa katanya..

"Kami mendapat beberapa pengajaran daripada musim lepas.. Tapi saya rasa lebih matang kami lebih banyak tanggungjawab yang kami akan pikul.. Saya harap musim ini kesemua pemain akan lebih bertanggungjawab tentang kelakuan mereka dan tenang dalam semua keadaan"..

"Saya harap kami akan lebih profesional bukan sahaja di atas padang tetapi pada setiap hari.. Pasukan ini cukup lapar.. Melakukan yang terbaik sering berada di dalam fikiran kami.. Dan saya juga sering melakukan yang terbaik untuk pasukan"..

" Kadang-kadang beberapa pasukan lebih bagus dari kamu.. Dan musim ini kami mahu menjadi lebih bagus daripada mereka.. Saya rasa setiap pemain perlu tahu kelab apa yang mereka wakili.. Pada sesuatu masa.. Saya merasakan sesuatu yang saya rasakan setiap musim"..

" Kami berkerja keras pada permulaan musim.. Gembira melihat kesemuanya selepas bercuti dan kami berkerja keras untuk membina pasukan.. Saya rasa pasukan ini sudah cukup bagus.. Kami perlu tunggu beberapa perlawanan pre-season untuk mengetahuinya.. Dan Emirates Cup merupakan ujian yang bagus untuk kami"..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil