Semakin hampir!!

Nampaknya spy Atikah mengesahkan yang Van Persie semakin hampir untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal sebaik sahaja Van Persie kembali ke Utara London selepas menghabiskan cutinya di Selatan Perancis..

Dalam kontrak tersebut.. Van Persie akan menerima gaji mingguan sebanyak 80 ribu pound.. Dan akan menjadi milik Arsenal sehingga 2015.. Kali ini spy Atikah mampu untuk mengesahkannya dalam 60%..

Namun siasatan masih dijalankan untuk memastikan benar perkara ini berlaku.. Spy yang mengetahui perkara ini merupakan spy yang sama mengesahkan yang Gibbs akan menerima kontrak baru sebelum secara sahnya Arsenal merasmikannya..

Jadi memang Atikah percaya akan katanya.. Memandangkan dia merupakan spy terbaik Atikah dikalangan yang terbaik.. Atikah x sabar nak tunggu pengesahan rasmi dari Arsenal.. Jadi sekali lagi Atikah minta anda semua bersabar.. Namun apa yang pasti detik itu semakin hampir..

Pengurusan Arsenal juga cuba untuk berbincang bersama Fabregas untuk melanjutkan kontraknya kepada kontrak jangka masa panjang dengan gaji mingguan yang paling tinggi di kem Arsenal iaitu sebanyak 100 ribu pound..

Kontrak terkini Fabregas hanya akan tamat pada 2014 nanti dan kini Fabregas menikmati gaji seminggu sebanyak 45 ribu pound.. Atikah harap Arsenal dan Fabregas akan menjumpai kata sepakat..

Jika ianya berlaku sudah semestinya Fabregas memang komitmen bersama Arsenal.. Dan Atikah harap Arsenal juga menaikkan nilai perlepasan dari kontraknya untuk membuatkan Barcelona atau mana-mana kelab keberatan untuk membelinya..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil