Reaksi Wenger (Arsenal 2-2 Barnet)

Atikah baru je berjumpa dengan Wenger untuk meminta reaksinya tentang keputusan seri 2-2.. Jadi mari ikuti temu bual Atikah bersama Wenger..

Atikah: Bagaimana dengan persembahan keseluruhan pasukan..

Wenger: Ya ianya merupakan persembahan yang bagus.. Kami ada 14 pemain di rumah tapi ianya tetap persembahan yang baik.. Barnet memberikan cabaran yang kuat dan ianya bagus untuk perlawanan pertama kami.. Kami bermain dengan pasukan yang memenangi Youth Cup pada separuh masa kedua.. Dan pada separuh masa pertama ianya cukup menarik kerana kami bermain dengan fizikal.. Barnet cukup tersusun dan kommited.. Dan untuk memantapkan stamina pemain ianya cukup ideal..

Atikah: Tentang debut Thomas Vermaelen..

Wenger: Dia membuat permulaan yang baik.. Dan saya rasa dan dia menerima layanan yang baik atas kehadirannya di EPL dan mendapat cabaran di sini.. Saya rasa ianya merupakan permulaan yang baik untuknya.. Dia kuat, solid, tenang dan apabila dia mula mendapatkan keyakinan pada separuh masa kedua dia mula menghantar bola dengan baik.. Dia akan menjadi penambahan yang bagus untuk pasukan..

Atikah: Kembalinya Rosicky selepas sekian lama di bangku penonton..

Wenger: "Thomas tidak bermain sejak Januari 2008.. Jadi ianya memberitahu banyak benda kepada anda.. Kami mahu dia menjadi kapten pasukan pada perlawanan ini kerana dia kecewa selama 17 hingga 18 bulan ini.. Ianya cukup fantastic untuk melihat dia kembali ke pangkuan kami semula..

Atikah: Prospek untuk signing kedua Arsenal musim ini..

Wenger: Buat masa sekarang ini tiada siapa yang semakin hampir untuk menjadi signing kedua Arsenal..

Atikah: Pre-season match di Austria selepas ini..

Wenger: Pada hari Isnin kesemua pemain dalam pasukan akan berada di atas boat untuk ke sana.. Termasuklah 14 pemain yang tidak beraksi menentang Barnet..

P/S: Highlights Arsenal vs Barnet..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil