Permulaan hambar Arsenal

Arsenal memulakan pre-season match dengan keputusan seri 2-2 menentang Barnet.. Arsenal melangkah ke padang dengan semangat yang baru selepas Rosicky kembali ke padang buat pertama kalinya selepas 18 bulan berada di bangku penonton..

Rosicky memakai arm band pada perlawanan ini.. Dan mula menunjukkan kehebatan sebenarnya apabila beraksi cemerlang pada perlawanan ini.. Sebelum Atikah mengulas lanjut.. Mari kita saksikan barisan kesebelasan utama..

ALMUNIA
DJOUROU------GALLAS-----VERMAELEN-----SILVESTRE
WILSHERE-----RANDALL-----FRIMPONG------ROSICKY
ARSHAVIN
WATT

Pada perlawanan semalam juga Vermaelen beraksi buat pertama kalinya bersama Arsenal.. Aksi Vermaelen.. Di sebabkan Atikah hanya melihat perlawanan 25 minit pertama sahaja.. Sepanjang masa itu Vermaelen beraksi cemerlang..

Sanchez Watt bijak melakukan hantaran silang kepada Arshavin pada jarak 4 meter dari gawang gol.. Arshavin tenang menjaringkan gol untuk memberikan pendahuluan kepada Arsenal 1-0 pada minit ke 43..

Namun kegembiraan fan Arsenal hanya bertahan selama 2 minit sebelum Barnet menyamakan kedudukan hasil tandukan Ismail Yakubu yang menewaskan Almunia.. Sebanyak 10 pemain Wenger bawa keluar..

Mannone on for Almunia.. Eastmond on for Djourou.. Ayling on for Gallas.. Cruise on for Silvestre.. Sunu on for Wilshere.. Coquelin on for Randall.. Henderson on for Frimpong.. Barazite on for Rosicky.. Simpson on for Arshavin.. Emmanuel-Thomas on for Watt..

MANNONE
EASTMOND----AYLING-----VERMAELEN-----CRUISE
SUNU-----COQUELIN------HENDERSON-----BARAZITE
SIMPSON------EMMANUEL THOMAS

Pada separuh masa kedua.. Atikah dapat merasakan yang Vermaelen menjadi kapten pasukan memandangkan kebanyakan pemain yang di bawa masuk Wenger pada separuh masa kedua semuanya dari pasukan simpanan Arsenal..

Pada minit ke 51.. Nacer Barazite melengkapkan 3 musim berturut-turut dia menjaringkan menentang Barnet.. Tahniah Atikah ucapkan kepada Barazite.. Barazite menjaringkan gol dari jarak 12 meter untuk Asenal mendahului 2-1..

Elliot Charles menjaringkan gol penyamaan buat Barnet apabila mengambil kesempatan pintu gol terbuka luas untuk menjaringkan gol penyamaan buat Barnet.. Tamat perlawanan Barnet 2-2 Arsenal.. Adios!!

Comments

  1. It's ok. Lagi pun pre-match season nie byk reserve players main. Cuma nak kembalikan rentak dan gel each other with team mates. Draw in not a bad result.

    ReplyDelete
  2. atikah pun x kecewa.. sbbnya masa nielah kita nak tgk kelebihan dan kekurangan kita..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil