05 July 2009

Nilai Fabregas ialah 40 juta euro!!

Sumber dalaman Arsenal telah memberitahu Atikah dan spy Atikah tentang Fabregas.. Kami yang berjumpa semasa perlawanan penuh mendebarkan final lelaki Wimbeldon yang menyaksikan Federer menang Grand Slam ke 15nya dan merupakan satu rekod..

Tapi yang bestnya Atikah tiba-tiba pula nampak si Ferguson dekat situ.. Nak dijadikan cerita.. Atikah punya sit bersebelahan dengan Ferguson pula.. Jadi Atikah pun suruhlah spy Atikah duduk bersebelahan Ferguson dan cuba untuk melarikan diri dari Ferguson..

Ialah nak cerita pasal berita panas tentang Fabregas.. Kalau si Ferguson dengar habis dia kebas Fabregas nanti.. Jadi sumber dalam Arsenal berkata sebegini kepada Atikah dalam bahasa inggeris..

"Nobody at Arsenal wants to see Fabregas go but there comes a point when the money is too good to turn down."If Arsenal receive a bid in the region of £40m there will be an enormous pressure to sell."

Dia mengatakan yang mereka membuat tindakan berani dan nekad ini kerana mahu membuatkan Barcelona atau mana-mana kelab membayar harga yang bagus untuk mendapatkan pemain penting Arsenal..

Jadi jika kita kehilangan Fabregas.. Kita akan ada banyak duit untuk membeli pemain berpotensi tinggi untuk mengantikan Fabregas nanti.. Atikah amat setuju dengan kebijaksanaan pengurusan Arsenal kali ini..

Jadi ianya juga memberikan tamparan hebat kepada Barcelona yang masih berfikir-fikir untuk membeli Fabregas dengan nilai 25 juta euro atau 30 juta euro.. Jadi fan Arsenal yang takut kehilangan Fabregas bolehlah menarik nafas lega..

Tapi Atikah harap Fabregas x akan tinggalkan Arsenal dalam tempoh terdekat inilah.. Memandangkan kita tidak boleh kehilangan pemain penting untuk memastikan musim hadapan kita memenangi piala untuk menamatkan kemarau trofi selama 4 musim berturut-turut.. Adios..

1 comment:

  1. yap the gunners akan dptkan sesuatu coming season ni.. dgn fab4 akan jd perancang yg lebih mantap.. adalah lebih hensem jika melihat fab4 mjadi assist dgn trow pass yg sharp drpd melihatnya menjaringkan gol..tp kalu gol jgk ok jer..he he..huh ape aku ckp ni..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan